Bahagian 4!

Bahagian 3!

Bahagian 2!

Apa yang akan jadi jika aku terima?
Dalam aku terjaga berjaga-jaga, aku terdengar kepakan sayap burung hantu yang ada di belakang rumah. Pada firasat aku ada 3 ekor kesemuanya. Aku memang perasan bahawa kehadiran ketiga-tiga ekor burung hantu itu sejak sekian lama. Seekor putih berbintik, seekor hitam berbulu pelepah gebu, seekor perang keemasan. Bagaikan memerhati, melindungi aku.
Sudah sekian lama burung-burung hantu itu berkampung di belakang rumah. Dalam hati aku terdetik, apakah kisah tersirat mereka?
Keesokkan harinya, di pagi hari Isnin, hendak aku ke sekolah. Aku mengikat tali kasut yang putih berkapur, dan aku berjalan menuju ke sekolah. Tidak jauh sekolah dari rumah aku.
Di pertengahan jalan, aku terperasan ketiga-tiga ekor burung hantu itu terbang seiringan. Tidak pernah aku melihat perkara sperti itu. Dan dalam kepesonaan itu, mereka hinggap atas pagar tepi sawah yang abahku usahakan. Bagaikan tidak percaya. Ada sekeping sampul surat bersama burung hantu yang bewarna perang keemasan itu. Digonggongnya pada paruh berlekuk tirus di hujungnya. Aku biarkan saja. Aku terus ke sekolah. Aneh, cuma aku tidak tahu apa yang harus aku lakukan ketika itu.
Di kelas aku mula terfikir. Apakah kandungan surat itu? [Jangan la gelak!!!]
Loceng terakhir berbunyi. Aku terus pulang melalui jalan aku ke sekolah tadi. Burung-burung hantu yang hinggap di atas pagar sebelah sawah yang abah aku usahakan sudah tiada. Aku terus berjalan memandangkan tiada apa-apa lagi yang tinggal di situ. Barulah ketika itu aku rasa betapa ruginya aku tidak melihat apakah kandungan sampul surat itu. Tidak sampai lima langkahan aku, aku terdengar kepakan sayap burung hantu. Aku toleh ke belakang, cuma seekor. Burung hantu yang bewarna hitam berbulu pelepah gebu. Burung hantu itu mengibas sayapnya. Bagai memanggil aku. Aku toleh ke depan. Mengabaikaan burung hantu itu memandangkan tiada sampul surat pada paruhnya.
Tiba-tiba, bunyi kibasan kepaknya semakin kuat. Terdetik di hati aku untuk pergi mendekati burung hantu itu. Tiba-tiba aku terlihat sesuatu yang membuatkan aku teruja. Sampul surat itu, tetapi di sebalik pagar....
(Nantikan sambungannya...)

Mimpi itu hanya mainan tidur~~~
nak kata seram, seram la jugak...
nak kata lawak, pon boleh sebab.... let me tell you....
Yang seramnya, aku mimpi seekor banshee. Pada mulanya aku menunggang motorsikal sorang2 malam2. lps tu aku rasa berat semacam moto aku. aku toleh belakang, nampak seekor tikus "tumpang". Aku angkat tikus tu (pegang kat leher tikus tu macam ibu kucing bawak anak dia). Lepas tu tiba2 tikus tu bertukar menjadi seekor pontianak!!! agak menggerunkan dengan baju putihnya yang terkoyak2.
Aku cuba membaca ayatul Kursi. Tapi, dalam ketenangan aku, aku tidak dapat habiskan ayat Kursi. Aku x tahu kenapa...
Yang lawaknya, dah (kalau x salah aku) 2 kali aku cuba membaca ayat Kursi, still x dapat habiskan ayat tu. Dari mana datangnya tiba2 keberanian, aku tengok terus ke muka pontianak tu, dan aku baca sekali lagi, masih x dapat habiskan.. aku tanya pontianak tu... "Apa sambungan ayat yang aku tersekat tadi???" (WHAT!!!!)
pontianak tu mana la tau!!!!!!!!!! ARGH!!!!!! boleh pulak aku mimpi macam tu~~~
Haih~~~ Memang mimpi itu mainan tidur...
Paginya aku bangun terus aku cuba baca ayat kursi... Boleh pulak... Aku hafal lagi ayat kursi... Tp dalam mimpi pulak x boleh baca~~~ (kalau aku dapat baca dalam mimpi tu apa akan jadi ar??? pontianak tu terbakar ke apa???)
Kesimpulannya, bersedialah dengan apa situasi yang bakal kita harungi, secara zahiriah, serta rohaniah... supaya kita akan sentiasa selamat~~~ Semoga Allah akan sentiasa melindungi kita dari segala musibah~~~ Amin~~~

My Good Friends Tak Percaya!!! Nah, Tengok Puas2!!!

Maka Hang Lekir pun berpantun:
Adakah perisai bertali rambut,
Rambut dipintal akan cemara.
Adakah bisai tahu takut!
Kami pun muda lagi perkasa.
Ambil galah kaitkan jantung.
Ciak banyak makan di jalan.
Pada Allah tempat bergantung.
Datang tombak kita melawan.

Monolog 5 Minit~~~
Babak 2- Malam. Rumah Bedah
Bedah (Monolog)
(selesai solat dan membaca doa)
(Mengambil bingkai gambar keluarga atas meja tepi katil. Mengusap gambar.)
Abang, esok anak kita balik kampung. Dah lama dia tak balik kampung, abang. Teringat dulu abang pernah cakap yang abang tak nak anak kita ni hidup susah macam kita. Sekarang ni, dia dah habis belajar, bang. Anak kita dah jadi cikgu. Tapi, Bedah sedih, sebab tak dapat kongsi perasaan gembira ni dengan abang. Sebelum abang hantar Haikal ke sekolah asrama dulu, Bedah tak dapat nak fikirkan betapa sunyinya rumah kita nanti bila Haikal tak ada. Tak dengar lagi dia menghafal kali-kali tiap-tiap petang, baca Al-Quran lepas maghrib. Abang ingat tak, setiap kali dia mengarang karangan bahasa melayu, mesti dia bacaka karangan dia untuk kita. Pandai sungguh anak kita,
Setiap kali teringatkan dia akan berada jauh dari kita, Bedah mesti menitiskan air mata. Tapi, patah hati Bedah, abang. Dalam masa Bedah teringatkan kita akan berada berjauhan dengan anak kita, abang yang pergi meninggalkan Bedah. Hari abang pergi untuk tinggalkan Haikal di asrama, abang tinggalkan Bedah untuk selama-lamanya. Pada mulanya Bedah tak dapat terima hakikat. Tapi, setiap kali Haikal kirim
Allah lebih sayangkan abang. Sebab itu abang pergi dulu. Allah sudah aturkan semuanya.

I have to be in character!!!

Be Brave!!!

Diagnosed...

Pantun bersantun, nadi Melayu.

Bangsawan


Next week, a busy week..

This might be a busy week for me sebab kena prepare untuk exam SPA, and interview MARA.
So much things to read and need to polish my writing and communication skills.
Ni status facebook aku yang terkini:
is preparing for Peperiksaan Khas Memasuki Perkhidmatan Awam Gred 41 (10-4-2010), waiting for the Bangsawan Tuah Hang Jebat (10&11-4-2010), and interview at MRSM Transkrian (14-4-2010).
Di pertengahan exam dan interview ada bangsawan pulak dah...
macam mana aku nak buat ni???
Tolong aku selesaikan masalah jadual ni... sesape~~~

3 Hari di Tronoh


Reverse Kronologi Sabtu yang Hebat...

Semalam Hujan Lebat :)


Aku Ingin Pulang.

Jebat - Ketaatan aku bertempat abang Tuah. Aku menerima khabar paduka sultan membunuhmu tanpa usul periksa. Kematianmu harusku bela. Semua ini aku lakukan untukmu Tuah.
Tuah - Itu tetap derhaka namanya!
Jebat - Nekad sungguh jurusan kanda mematahkan langkahku. Tamatkanlah riwayat penderhakaan ini. Aku rela mati di tanganmu Tuah. Jika kematianku ini membukakan matamu.
(Tuah menikam Jebat)
Tuah - Oh... Jebat... Jebat!!!

Hujan: Kamu di mana?

Aku bukan penulis skrip. Aku penulis novel.

Kampung Halaman

NTPM kah destinasiku?



lagipun aku dah pernah intern kat situ. mungkin ada peluang utk aku bekerja kat situ pulak.
Abah aku bukak cerita pulak lepas tu...
Kawan/bos dia dulu kerja ngan hotel sampai dah dapat pangkat senior manager, sebelum masuk govnmt.
Jadi, aku pn amik langkah. X kisah la decision aku betul ke x. Bukan sengaja nak buat silap.
But growing up is not about making the right decision, but dealing with the decision that we have made.
Dalam masa aku keje ngan NTPM ni (kalau dapat) aku akan still cuba untuk mencari peluang kerja ngan kerajaan...
Kalau decision aku buat ni kalau x betul pn, I hope it was a wise decision.
Qualification & Requirements |
* Candidate must possess a diploma or Bachelor's Degree in Eletrical,Mechanical Engineering or equivalent. |

Semaian hari ini...

Cukup 30 Hari~~~

About Me
My Blog List
-
Restart4 years ago
-
-
-
Enterwip2016 SANGAT MERIAH!8 years ago
-
Schlumberger Interview Tips9 years ago
-
My Wedding11 years ago
-
Bila masa berlalu12 years ago
-
Transformation12 years ago
-
STT 67672313 years ago
-
-