0

Mimpi itu hanya mainan tidur~~~

Posted by Pemerhati Penang on 8:44 PM
The other night aku ada bermimpi...

nak kata seram, seram la jugak...

nak kata lawak, pon boleh sebab.... let me tell you....


Yang seramnya, aku mimpi seekor banshee. Pada mulanya aku menunggang motorsikal sorang2 malam2. lps tu aku rasa berat semacam moto aku. aku toleh belakang, nampak seekor tikus "tumpang". Aku angkat tikus tu (pegang kat leher tikus tu macam ibu kucing bawak anak dia). Lepas tu tiba2 tikus tu bertukar menjadi seekor pontianak!!! agak menggerunkan dengan baju putihnya yang terkoyak2.

Aku cuba membaca ayatul Kursi. Tapi, dalam ketenangan aku, aku tidak dapat habiskan ayat Kursi. Aku x tahu kenapa...

Yang lawaknya, dah (kalau x salah aku) 2 kali aku cuba membaca ayat Kursi, still x dapat habiskan ayat tu. Dari mana datangnya tiba2 keberanian, aku tengok terus ke muka pontianak tu, dan aku baca sekali lagi, masih x dapat habiskan.. aku tanya pontianak tu... "Apa sambungan ayat yang aku tersekat tadi???" (WHAT!!!!)

pontianak tu mana la tau!!!!!!!!!! ARGH!!!!!! boleh pulak aku mimpi macam tu~~~
Haih~~~ Memang mimpi itu mainan tidur...

Paginya aku bangun terus aku cuba baca ayat kursi... Boleh pulak... Aku hafal lagi ayat kursi... Tp dalam mimpi pulak x boleh baca~~~ (kalau aku dapat baca dalam mimpi tu apa akan jadi ar??? pontianak tu terbakar ke apa???)

Kesimpulannya, bersedialah dengan apa situasi yang bakal kita harungi, secara zahiriah, serta rohaniah... supaya kita akan sentiasa selamat~~~ Semoga Allah akan sentiasa melindungi kita dari segala musibah~~~ Amin~~~

0 Comments

Post a Comment

Copyright © 2009 Let us talk about my life All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.