2

Family Vacation

Posted by Pemerhati Penang on 11:11 AM
BAKAR IKAN SIAKAP DI CAMERON HIGHLAND
LADANG TEH BHARAT (LADANG AKU ^v^)
DEKAT MARDI...
THE WHOLE FAMILY YANG DATANG BERTANDANG DI
CAMERON HIGHLAND HARI TU...
banyak aktiviti yang dilakukan sepanjang 4 hari 3 malam di Cameron Highland.
Dalam perjalanan, singgah di Green View Garden.

kat Green View Garden

Pastu terus ke apartment di antara brinchang & tanah Rata...

masak2, relax, n malam tu bakar ikan siakap....
19-12-2009 pagi, pergi ke MARDI...
petang gi minum2 kat Bharat Tea shop.

20-12-2009 pagi pergi jalan2 kat strawberry corner.
petang bakar ayam
[fun facts: kitorang bakar 8 ekor ayam... wakaka]

Malam kitorang gi jalan2 kat pasar malam Brinchang.
Do some shopping~~~

21-12-2009
Hari pulang ke kampung halaman.
selepas 4 hari berada di puncak bukit, terasa rindu akan rumah...

selama 4 hari 3 malam berada di Cameron Highland, cuaca sangat sejuk disebabkan cahaya matahari kurang menembusi awanan.

Sebelum ini, selama 3 kali aku pergi ke cameron highland, x pernah sesejuk ini...

all in all, the vacation was so relaxing and fun...

0

Rindu Kacang~~~

Posted by Pemerhati Penang on 10:42 AM
Menglembu

Nama tempat macam banyak lembu...

Atau mennjadi lembu ke hape tah...

aku pn kompius...

haih...


tapi bila ingat2 balik, selalu aku jumpa mercu tanda ni


kacang gergasi...

Kawan2, kata hari tu nak photog kat sini...

Nampak gaya macam kena pospone je...

Time grad ni nak???


0

Pelantar Ikan on Sunday

Posted by Pemerhati Penang on 10:44 AM
Setelah 1 minggu terdampar di rumah, aku ternyata tak tahu nak buat apa2. nasib baik streamyx menjadi teman akrab. tapi kadang2 kena lah jugak keluar rumah kan?

Sebagaimana yang korang tau, rumah aku sebelah sungai, dekat dengan muara. so, ramai org kat kawasan aku ni keje nelayan tp x pernah pulak aku tau kat mana semua ikan itu siangkut naik ke darat. baru minggu lepas, aku berpeluang pergi ke pelantar ikan Kuala Sg. Udang.

Sangat menarik. Situasi sangat lain dari apa yang ku jangkakan. Sewaktu aku berada di sana semalam, bot x putus2 kunjung ke pelantar itu...

Membawa bermacam2 jenis ikan pelbagai saiz. Udang melimpah ruah [berpadanan dengan nama tempat itu, Sg. Udang], ketam dan macam2 seafood yang lain. terkedu seketika melihat betapa cantiknnya pemandangan di situ.

Ramai orang berpusu-pusu di pelantar.

Antara bot yang baru mendarat.

Proof that i was there...


Ikan yu...

Ikan merah yang sebesar 1 bakul...[wow!]





3

One of the best thing ever happen to me...

Posted by Pemerhati Penang on 1:19 PM
di sini jua memori tercipta

walau seketika terjalin kasih kita...

video

mungkin disini kita akan terpisah

kenangan bersama

xkan ku lupa...

To my friends,

you guyz are the best.

each and everyone of you.

I dedicated to all, just to show that we have a great time together...

Nailed in my heart...

Saranghae..

It just unbareable to say that we are all saperated.

but it is acceptable for me to say that someday we will meet each other again...

Keep In Touch...

OK...


2

3 Hari aku di rumah...

Posted by Pemerhati Penang on 9:06 AM
dah 3 hari menjadi penganggur ni...
bila nak cari keje woi~~~

keje rumah pn x siap lg nih...
ingat nak berkemas2 bilik aku dulu kot. dah 50%
biasalah, bila dah duduklk kat utp dulu, bilik aku jadi store la...
haih~~~
nak wat cane... rumah kecik...
[tetap bersyukur sbb ada bumbung atas kepala]

*/mode= yes man/*

3

At last, I'm free...

Posted by Pemerhati Penang on 5:50 PM

Dan tercapai juga,
cita-cita aku sejak kecil.
untuk menjadi graduan 'Universiti PETRONAS'
[sebelum kenal nama sebenar universiti]
Bagai x percaya...
dah tiba masa aku pergi dari sini,
meninggalkan pelbagai kenangan manis persis madu
dan pahit persis hempedu...
yang persis hempedu itu aku leraikan..
Percayalah,
aku akan ingat kenangan manis bermadu itu,
sampai bila2.
I'm free for now.
about to graduate.
about to close this chapter of my life,
a new chapter will be coming soon.
[BEBAS]
\^_^/

2

UJIAN~

Posted by Pemerhati Penang on 6:53 AM
ujian yang kecil2, I'm craving to pass...

ujian yang besar, yang Allah letakkan atas bahu aku, masih gagal.

Ya Allah,
kau luluskanlah ujian2 ini. supaya aku menjadi lebih beriman terhadapmu.
Ampunan ku pinta.
rontaku merayu.
mengharap hembusan bayu membelai pipi,
dan tamparan sinaran menembusi hati.
moga terbuka luas2.

0

Resah Dan Gelisah Destinasi Gundah

Posted by Pemerhati Penang on 5:10 PM
Sedang aku merasai yang segalanya akan selesai tak lama lagi, aku teringatkan apa yang ada diantara destinasi aku.

Masih belum selesai.
rasa diri ini rebah dan tidak bermaya untuk bangun kembali.
tapi perjalanan mesti diteruskan.

ku intai masa depan.
cita-cita aku dah mula tinggi kembali setelah sekian lama, asal gapai, capai...

terbayang destinasi aku. cuma beberapa langkah lagi.
tapi aku perlu mengelak jerangkap samar ini.
ada masa perlu aku patuhi. kalau lambat kelak, jatuh dek hakisan yang sentiasa terjadi.

masa.
aku tiada itu lagi.
hanya sisa.

mahu aku sampai ke destinasi dengan emas seguni.
tapi, kerana terbeban dengannya, terpaksa aku tinggalkan di seberang sini.
harap aku dapat mengutipnya jika aku lalui sekali lagi jambatan ini.

aku sebenarnya terpasung. tidak bebas lagi.
mengharap sampai ke dastinasi itu, aku berkepak.
untuk aku belajar terbang bebas tanpa berpasung.

bijak aku perlu.
atur langkah itu mesti.
tak mahu aku jatuh ke dalam jerangkap samar yang aku bina sendiri.

Aku tahu, aku dipeluk doa emak dan abah.
aku perlu yakin akan Tuhan akan membantu.
aku mesti. aku dapat rasakan destinasi itu semakin hampir.
aku pasti.

2

STATUS keHALALan SUSHI KING

Posted by Pemerhati Penang on 8:43 PM
I got this link from my friend who loves sushi, esp sushi king [SK].
but unfortunately, SK doesn't have halal cert.
checkout this blog.
hope u guys bersabar lah ye,[kepada sesiapa yang suka sushi].
Ujian datang kepada orang yang beriman...

http://s3norit4.blogspot.com/2009/11/sushi-king-non-halal.html

tanggungjawab dan amanah yang harus aku lakukan, demi menjaga umat...

JANGAN MAKAN MAKANAN HARAM...

1

Kenang ini

Posted by Pemerhati Penang on 8:02 PM
Pahatan ini utk kenangan tika masa diri mencari pengubat.
Thanks Nuzoul...
Sweet :)

3

Hilang ingatan~~~

Posted by Pemerhati Penang on 9:36 PM
sebelum ni aku memang pernah open blog sebelum hidupkuteater ni.
tp aku x ingat bila...

tarikh kata 2002. tp 2002 aku PMR. tgh buta IT lg time tu.
tapi yang peliknya, ada post dalam tu kata aku ni dah ada bini.
kereta aku selalu buat hal.

ayat2 yang aku guna agak berpuitis, x macam sekarang. Rojak mamak pun kalah ngan bahasa yang aku guna.

hmmm, apa2 pn, kalau berminat nak tgk bukak la sweetsour.blogspot.com
seriously aku x ingat bila aku bukak log tu n tulisan2 dalam blog tu.

Misteri kan???

1

JOM STUDY!!!

Posted by Pemerhati Penang on 7:56 AM







camne nak study ni...
sempat ke aku study nih???
sempat helhal, sempat...
rasa macam x sempat je...
sekarang ni ko tengah buat ape???
tgh luahkan perasaan le...
k
sekarang ko luahkan habis2.
pastu ko prgi study...
huh???
dah ko kate ko x sempat study, ko pegi la study sekarang...
what's the point??
ko dah nak grad kan???
ko nak ke fail subject2 ni???
aku takut sangat2 ni
aku tau...
pastu nak wat cane???
pegi la study!!!!
as i said ko dah nak grad ni...
kalau ko fail, ko kena repeat tau!!
xnak repeat!!!
tunggu apa lagi???
studylah!!!


FOKUS!!!!

a keyboard is sharper than a knife~~


2

SCENE 3: Back Up

Posted by Pemerhati Penang on 2:09 PM
ZIIZ
tak baik tau buat dia macam tu. apa salah dia?
MOJO
huh? x salah? ko biar betul. ko x tau ke apa yang dia dah buat?
ZIIZ
apa?
MOJO
dia naikkan cukai "jerawat". jadi lepas ni sape2 yang ada jerawat kena bayar cikai.
ZIIZ
ye ke?
MOJO
ye la. ko ingat aku ni main2?
ZIIZ
kena beli pencuci muka ni. haih, nak beli pencuci muka pun kena pakai duit jugak.
MOJO
ko terbuta disini. syarikat pembuatan pencuci muka tu maharani punya tau.
ZIIZ
ya ka? dia ambil kesempatan lah ni.
MOJO
ye sayang.

0

Perpisahan = Menunggu Pertemuan

Posted by Pemerhati Penang on 5:20 PM
Kepada bebudak TTS yang aku amat sayang...

As doc said last night, I maybe regret masuk TTS lewat.
Yes, I regret. Tapi kepuasan dapat berkenalan dengan korang sume ni mengatasi perasaan regret tu...
This mean, i have the fun to know more about you guyz lepas ni, sbb I x habis kenal lagi sorang2...

Sebak, sedih...
berlenang air mata ni...

bila baca post2 org lain kat blog, pon terharu...
berlenang lagi... tahan supaya x menitis.
Sebab aku tahu, dan aku percaya:

PERPISAHAN = MENUNGGU PERTEMUAN

Seronok bersama ngan korang,


Nasihat yang aku boleh bagi,
Saling ingat mengingati ye lepas ni...
jaga diri masing2...
jaga adik-beradik yang lain jugak...
Ingat apa yang perlu diingat,
bertanggungjawab dalam setiap urusan.
walaupun ramai yang otai2 macam Aini, Nuar, Din n lain2 dah kuar UTP,
Korang kena buat lebih baik dari diorang supaya legasi diorang pun bersama2 dengan TTS lepas ni semtiasa harum dan bergemerlapan...
Perkasakan TTS...

Aku akan sentiasa memerhati (nama pun pemerhati penang)
I'll try to be with you guys from time to time...

sekali lagi

PERPISAHAN = MENUNGGU PERTEMUAN...

Sayang korang sume...
TTS make my life "COLOURFUL"

1

Hmmm... Entah le...

Posted by Pemerhati Penang on 12:29 PM
untuk anak, cucu dan cicit aku...
ni yang berkaler....
Hmmm... Entah le...
aku jumpa SV td...
dia macam x berpuas hati ngan projek aku...
dia nak prototype...
aku mmg buat prototype pn,
tggu la siap kan???
mungkin salah aku jugak x siapkan awal2...
Hmmm, entah le...
terasa bebanan yang sangat besar...
i'll do it one step at a time...
always gonna be an uphill battle,
sometimes i'm gonna have to loose...
Ain't about how fast i get there,
Ain't about what's waiting on the other side...
IT'S THE CLIMB...
-miley cyrus-

4

TERPAHAT DALAM HATI

Posted by Pemerhati Penang on 11:19 AM
Love u guyz
LOVE


0

1 Hari Sebelum Raya...

Posted by Pemerhati Penang on 8:23 AM
Gembira

Hmm... sebab nak raya

Gementar

Hmm... blik utp lepas raya ada poster, seminar n all...

Takut

Hmm... FYP x buat mende lg... mati aku kalau sv aku tau...

haih... mcm mana nih... nak raya nie...

A: RAYA SAMPAI DEMAM LA... LANTAK LE FYP TUH...

wahahaha...

Bottom line: SELAMAT HARI RAYA 'AIDILFITRI... MAAF ZAHIR DAN BATIN~~~

0-0 ek?~~

1

Scene 2: Tanti masuk court...

Posted by Pemerhati Penang on 10:52 AM
TANTI

usah dirisaukan, maharani itu sudah tidak berkuasa lagi. dia cuma ada mamanda menterinya sahaja untuk melakukan setiap urusannya. mana ada rakyat jelata lain yang setia?

HALUSINASI

jangan beranggapan sebegitu. dia masih berkuasalah. dia masih ada tombak sakti. dan payung berliannya. susah nak serang hendap. nahas kalau confront dia tanpa bersedia.

TANTI

jangan risau. aku dah buat eksperimen. aku sengaja letakkan beberapa naskah majalah provokasi di merata2 tempat di dalam negeri ini. kalau maharani betul2 kuat dan kedudukan dia masih kukuh, akan terjadilah sesuatu pada aku.

POLITIKUS

hai tanti yang berani-berani. anda ditahan kerana telah meletakkan beberapa naskah majalah provokasi yang mengandungi lukisan2 yang tak masuk akal walaupun cantik. dengan kuasa yang ada pada aku, di bawah naungan maharani Xunxu, aku, politikus, terpaksa menahan anda.

HALUSINASI

nampaknya maharani masih berkuasa.

POLITIKUS

matilah aku. mana aku nak dapat lawyer?

ABACTERZO

akulah lawyer yang terbaik di nagara purnama kelam. haha. jangan takut wahai tanti. aku dapat menolong kamu, wahai artisan negara yang mahukan kebebasan.

TANTI

terima kasih abacterzo, lawyer dari negara purnama kelam. sungguh terharu saya. tapi, maharani akan gunakan lawyer peribadinya, kapal singing. bolehkah abacterzo melawan kes ini.

ABACTERZO

jangan risau kan saya cakap. software pemutaran ayat yang telah saya cipta ini akan memastikan kemenangan kita.

JUDGEXU

semua tuduhan terhadap tanti digugurkan kerana saya tidak dapat memahani apa yang diperkatakan oleh abacterzo, but all of it makes sense..

TANTI

sungguh berkesah software abacterzo itu. terima kasih.

KAPAL SINGING

jaga kau abacterzo. aku pasti akan dapat menewaskan kau satu hari nanti.

ABACTERZO

you wish.





4

MAHARANI DINASTI XUNXU. SCENE 1: Hari gempur

Posted by Pemerhati Penang on 11:00 AM
MAHARANI

mamanda menteri, siapakah gerangan yang berjalan di hadapan beta? sungguh rude!

MAMANDA MENTERI

ampunkan patik tuanku. yang berjalan membelakangi tuanku itulah pegaza, tuanku.

MAHARANI

pegaza? bukankah dia penulis yang selalu mengcondamnkan beta? mengapa dia masih berkeliaran di sini?

MAMANDA MENTERI

ampun tuanku. dia masih warganegara ini tuanku. kita tak boleh berbuat apa-apa.

MAHARANI

tetapi beta murka! mengapa tidak dibuangkan sahaja dia?

MAMANDA MENTERI

tuanku, mengikut perlembagaan, warganegara negara ini, dibawah dinasti tuanku iaitu dinasti XUNXU, sesiapa yang memiliki kewarganegaraan tidak boleh dibuang negara. dan tambahan pula, hak bersuara telah menjadi pudar dan tidak boleh dibawa ke mahkamah. jadi, si pegaza itu menggunakan peruntukan itu untuk againts tuanku.

MAHARANI

let me take matter in my own hand.

[MAMANDA MENTERI MEMBERI LEMBING KEPADA MAHARANI]

PEGAZA

argh... sungguh pedih tikaman lembing ini. siapa yang melontarkannya? apakah salahku?

MAHARANI

buat-buat tak tahu. kamu sudah membuat onar. membuatkan beta murka. kamu telah menulis fitnah terhadap beta.

PEGAZA

ya ampun. itu bukan kamu yang aku bikin tulisan. itu orang lain. yang tuanku terasa pedas itu kenapa? makan cilikah tuanku?

MAHARANI

buktikan, jika tulisanmu bukan fitnah terhadap beta. beta sanggup bayar dengan emas-emas yang disulam pada lembing beta itu.

PEGAZA

akan patik mengutuskan perutusan dan akan disendkan kepada tuanku.

MAHARANI

baiklah. beta akan tunggu.

7

Skrip in the making....

Posted by Pemerhati Penang on 10:38 AM
Wah... Dah final sem ni...


tp nak gatai2 gak kan buat mcm2...


bkn apa, nak 'feel' sikit jd student yang x nerd... Wakaka!!!




Ha, aku dalam perancangan nak buat skrip yang mmg x masuk akal...


Absurt la dalam kata lain...


berkisar dengan kehidupan aku jugak kot, tp dalam olahan yang mungkin x boleh diterima akal...




Tajuknya: Maharani Dinasti Xunxu...


@


Hari Gempur!!!




antara 2 ni la tajuknya...


content yang sama...




Ada kena mengena dengan gambar di bawah ni:





Dan gambar ini...

Dan sememangnya skrip ini x akan dipentaskan di mana2,

sebab takut menyinggung perasaan mana2 pihak...

So, tunggu la post aku yang akan datang...

Maharani Dinasti Xunxu / Hari Gempur : Part 1

Selamat Berpuasa~~~


2

X de gambar n x cukup masa... Kronologi Muar

Posted by Pemerhati Penang on 9:08 AM
Entri ini sepatutnya mengandungi kronologi pelayaran dan pengembaraan aku bersama Izzi, Shahrin n Sapek Tuya ketika kami merantau ke selatan tanah air...

Tapi malangnya, semua ini menjadi kenangan dalam minda atau dengan kata lain "memori".

Tgk la dulu kalau ada masa aku letak gambar2 n diskripsi...

Sinopsis:

hari 0

pegi ukm... konsert gamelan
tido kat rumah izah
bertolak ke kl sentral
naik komuter ke seremban
cari bas ke muar... kesian Uyun kesorangan selama 30 minit sbb bas dia 30 min lewat ke melaka.
sampai rumah izzi kul 9 malam
ayah izzi jamu buah2ah tempatan
tido

hari 1
ala... dah lupa dah buat apa pg tue...
ptg gi jalan2 kat tepi kuala kat jeti bot2 kecil,
malam gi tanjung

hari 2
alamak.. lupa gak
eh... gi gunung ledang kot...

hari 3
pegi melaka...
jumpa Uyun kat melaka...
Shopping sakan aku...
petang gi rumah atok izzi
tgk safari belakang rumah mak tam izzi
ada 4 ekor rusa... (woot woot!!!)

hari 4
tgk harry potter kat muar
makan mee bandung muar yang famous tue... Delightful.
beli tiket balik UTP

sampai UTP pkl 245pg hari jumaat...

Very memorable...
Thanks to Izzi, Izzi's family, and to all org muar yang menyambut kedatangan kitorang... Anda semua memang sangat welcoming...

Bila lagi kita akan bersua??? Kalau ada rezeki, InsyaAllah...


0

Keputusan FTPPenang... Tahniah Pegawai Khalwat...

Posted by Pemerhati Penang on 4:06 PM
Kategori Teater Kanak-kanak
Warisan Jemari - Kisah Si Semut (Satu kumpulan saja bertanding)

Kategori Monolog
Rekabentuk Produksi Terbaik - GDW Kg. Contoh, Halusinasi Sang Algojo
Pengarah Terbaik - Wan Azrul Azizan, Te.Ta.Mu., Jebat : Rahsia Kesumat


Ketiga - GDW Kg. Contoh, Halusinasi Sang Algojo
Naib Johan - Indah Kembara USM, 2 Tingkat
Johan - Te.Ta.Mu., Jebat : Rahsia Kesumat


Kategori NGO IPT
Rekabentuk Produksi Terbaik - Bakawalee Penang, Dusta Pada Skala 1 Hingga 10
Pelakon Wanita Harapan - Watak Salamah, SICK, Serakah (Tak ingat nama dia)
Pelakon Lelaki Harapan - Aizal (Watak AJ), H.O.T.S., Legacy


Pelakon Pembantu Wanita Terbaik - Yuslina Yusof (Watak Wanita 1), Bakawalee Penang, Dusta Pada Skala 1 Hingga 10
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik - Ashraff Kassim (Wak - Watak Gadek), Resdong's, Neraka Petualang
Pelakon Wanita Terbaik - Elvira (Watak Juita), Suara ACMS, Mencari Juita
Pelakon Lelaki Terbaik - Azhar (Watak Nana), NVR Corp, Hanya Lala


Pengarah Terbaik - Azrul Azizi, NVR Corp, Hanya Lala (dah menang dua kali berturut-turut)

Ketiga - Resdong's, Neraka Petualang
Naib Johan - NVR Corp, Hanya Lala
Johan - Bakawalee Penang, Dusta Pada Skala 1 Hingga 10

Source dari bakawalee-tetamu.blogspot.com

Anda Terbaikkk.....

1

Sorry.. Esok nak result, harinie br nak review kan???

Posted by Pemerhati Penang on 1:26 PM
Seawal2nya saya nak berminta maaf sesangat sebab tak update blog nih
dah sebuln lebih kot???
Pegawai Khalwat, jgn marah k... Sibuk sangat sepanjang bulan lepas.. x sempat nak review

OK, back to the topic:

Review... (My words are subjective).

Halusinasi Sang Algojo...
-seorang yang suka berkhayal...(ditangkap & dipenjara)
-khayalan mengatasi akal fikiran (kadang2)
-penceritaan tentang pekerjaannya x pasti sangat la (maybe a lawyer/judge/Along?)
-dia membunuh isterinya ketika dia intensely berkhayal...
-in the end, dia bunuh diri...
-skrip boleh diperbaiki...(i x paham jalan cerita, banyak x jelas)

3.5/5

Eksperiman Pembunuhan (Raja Lekuk)
-skrip boring(kurang berkesan)
-teknikal agak kelam kabut
-pendokong watak bagai strugle untuk mengingati skrip
-lakonan x mantap(what do you expect??-student sekolah menengah)

1.5/5

Jebat: Rahsia Kesumat
-penghasilan skrip yang sangat mantap, ala2 pro gitu (menggunakan reverse kronologi)
-gaya bahasa memang mantapsebab penonton anggap bahasa yang digunakan bahasa melayu lama(but then diorang faham)
-there are 2 parts dalam pementasan yang aku dapat goosebumps(wah.. jadinya pelakon tu buat...) dimana monolog2 yang lain aku x dapat...
-teknikal:...hmmm... kenapa x blackout saja waktu peralihan plot??? walaupun kemas & cepat tukar baju and all,kalau blackout terus lg mantopppppp...(as if penonton x distracted).
-Tidakkah plot terakhir sepatutnya ulang balik part kena tikam??? more dramatic effect
-part dato' bendahara: bukankah sepatutnya tuah yang spread the news???
-renung2kan

4.5/5

2 Tingkat
-Semuanya cerita tragis... termasuklah 2 Tingkat... x leh ke buat skrip monolog bawa mesej ceria???
-kononnya memberi kesedaranlah(bagus niat tu).
-Tapi macam cerita Robbin Hood in jeans + red jacket ja...
-but i give a standing ovation kepada pendokong watak "robin hood" tusebab dia mengolah skrip dalam pertuturan seolah2 skrip tu asalnya perbualan, bukan perbualan berasalkan skrip. (got what i mean???)

4.25/5

Semua ni atas pemerhatian aku sahaja... Very subjective...

(sesiapa yang nak maki aku sebab x puas hati pun x pe dalam blog nie [p/s: aku boleh delate =) kuikuikui])

Thanks for reading...

2

Monolog Rally

Posted by Pemerhati Penang on 1:55 PM
Esoklah masanya aku akan bermanja2kan diri kat auditorium P. Ramlee. Ada 4 pementasan teater monolog. Tp yang menjadi perhatian aku hanyalah pementasan teater monolog daripada Te.Ta.Mu: JEBAT: Rahsia Kesumat. Promonya agak menarik.

Tapi belum tentu promo menarik, pementasan hebatkan??? Sebab tu aku nak tgk semua monolog n buat deduction aku sendiri. pastu nak compare ngan juri punya opinion. Aku bukan PRO tp aku pn berjiwa seni, dan aku tahu jugak menilai. So, lepas ni aku buat review, ok.

Walaupun aku x ada kaitan langsung dgn urusetia or even x masuk dalam pertandingan ni, aku still nak ajak korang datang dan tgk PEMENTASAN TEATER KITA. Siapa lagi yang nak menyokong kalau bukan kita sendiri...

0

Kronologi no.2 Putrajaya

Posted by Pemerhati Penang on 8:30 AM
wah..wah...
Sekian lama baru nak update nih...
Ape sal???

Owh.. tenet rumah aku problem seminggu,
sampai aku kena call TM 3 kali lah...

sambungan...

Ha, lepas aku melantak mee goreng 2 pinggan tu, kitorang sume nak gi tgk pertandingan UTPPEC09 tu la. Najib ada bagi petua cane nak gi sane...
Tapi seperti yang aku expected dari awal lagi lah...mesti sesat punya and I was right. So, dengan budi bicara dan kesungguhan Najib and his parents, diorang CARI kami yang sesat nie... (nasib baik jumpa).
Ni lah muka2 yang seriously confident mengikut jalan2 yang x familiar kat selangor nih...
Pilot and co-pilot
2 org lg yang berkeyakinan tinggi...

Akhirnya??? SAMPAI!!!
Perodua Eco Challenge.. Woot2x.
Sneak peak internal design Kereta kita...

nothing much I see...

Lepas puas melawat Aiman dan makam KFC Free... kami pun bertolaklah ke "places of interest". Apa lg. Shopping Complex. Not just any shopping cmplx. PAVILION. Woot woot... Kagum aku, 1st time jejak kaki kat sana. Jd jakun sekejap. Maklumlah datang dr kampung... Makan Carl's Jr. dulu, habis RM 27, utk burger ja... haih, x pe. At least aku dah merasa... Tgk wayang 17 again, gi round2x pastu jumpa pameran kereta BMW. wahhh... Apa lg, naik terus la... membayangkan aku bawak kereta yang harganya beratus ribu mellon nie.. (ada angan2 nak beli tuh...).

Penat kot jalan-jalan.. dah penat kat PAV, gi Time^2 plak. Pojan beli figura Optimus Prime.. haha. kebudak2kan la dia nih... Pastu Makan kat Penang Village. The best laksa i ever tasted. Mana tidaknya, 1 mangkuk RM 10!!! argh... kalau x sedap aku saman dah... hmm... pastu watpe ar???

Pastu balik rumah Fareez kat Semenyih. Rumah baru. Furniture x angkut masuk lg. Disebabkan kepenatan yang amat tinggi, kitorang pun terus tido lepas membersihkan diri...

Malamm tuh... ZZZZZZZZzzzzzZZZZzzzZZZZzzzZZZZZZZZZ sampai pagi. (Nyenyak gila....)

The next day gi ALAMANDA.
Fareez hantar sampai ke susur keluar highway. Thanks Fareez. Kalu x aku rasa sesat lg kami nih... sebelum sampai di ALAMANDA, kitorang ada snap beberapa gambar around Putrajaya.

SERIES OF PICS:

Kat ALAMANDA:

Ada satu ja gambar dalam simpanan aku.
5 Hang Bersaudara...

And some more pics from
around Putrajaya:


Hmm... Time to say godbye to NazMeen:

Kat Putrajaya sentral lah kejadian ini berlaku...

Bye2x Meen, lambaian Meen diiringi dengan muzik klasik Patah Hati (Sudirman) pada jan 3.20pm that evening. Ramai yang memerhati gelagat kami... Ada time yang menyayat hati dan ada saat yang agak lawak ketika kami bersama2 laungkan "seranghae" dan membuat bentuk hati with our hands kat Meen.

Hmmm... Dah sampai masa untuk kitorang plak untuk mengucapkan bye2x to Luke lepas hantar dia kat rumah...

Tepat jam 3.30 pm, aku, Pojan n Nasrul pun bertolak balik ke rumah aku kat Penang...
Diorang bermalam di rumah aku malam tu dan keesokkan harinya diorang balik ke Kedah...

THE END

1

Kronologi no.1 Putrajaya

Posted by Pemerhati Penang on 2:30 PM
Ketika aku menulis post ini, hatiku terasa sedih, mengenangkan perginya bibit-bibit bergembira bersama sahabat2ku di Putrajaya. Dari seawal setibanya Fauzan dan Nasrul di rumahku pada pkl 5.30 petang pada hari Jumaat, 19 jun lepas hinggalah pada jan 2.30 tgh hari pada hari Isnin, 22 jun aku bersama sahabat2ku, sangat bahagia rasanya. Bukan bermaksud aku tak suka di rumah. I love to stay home, but when i am with them(Fauzan, Nasrul, Lukman, Nazmin, Fareez, and Najib)kat Putrajaya, it feels my life filled with somewhat "more" love...

Happy...

First, waktu perjalanan ke Putrajaya, aku, Fauzan, dan Nasrul singgah sekejap di Tapah. Tapi malangnya kat Tapah x ada stesen minyak PETRONAS(kesetiaan Pojan). So, kami x isi minyak...
Jadi kami teruskan perjalanan... Setibanya satu ketika ni Fauzan macam teragak2 yang petrol x cukup kalau nak isi kat next R&R. Apa lagi, aku n Nasrul lagi la cuak. Tp dengan "selamber"nya Fauzan kata "boleh ja ni"...

NO,NO,NO... aku x sanggup ambil risiko... Jadi dengan menggunakan gaya bahasa yang sangat professional dan menggunakan logik yang sungguh mantap, Fauzan pn turut ngan permintaan aku... haha... seccess.(X sanggup aku nak tggu org PLUS kalau minyak habis tgh jalan). Kitorang keluar kat Slim River... Fuh, lega rasanya...

Dalam pkl 10.30 mlm kitorang sampai kat Putrajaya... Lukman at that time ada kat pasar malam. Entah macam mana aku boleh ter"ingat" yang aku lupa bawak towel... haha, nasib baik pasar malam x tutup lg(woot..woot pkl 1030mlm kot). Fauzan pon x bawak gak towel. Wakaka...

Jadi, kami beli towel Ben10 yang sangat colourful dgn harga rm15 seorang satu...

Towel yang disebut2 tu...


Setelah itu, kami berempat pergi ke Putrajaya Sentral untuk menjemput The Notable Naz"Meen"... Yeah... cukup korum 5 org satu kereta... wakaka lg...

Gi makan kat mamaklah...

So, makan n sembang2 sampai pkl 12.00 tgh malam... Lepas makan apa lagi, balik tido lah...
That's the idealah... Tp apa yang jadi??? Aku x leh tido malam tu..huhuhu... tak lelap lama lah. mcm every 10 minits mesti terjaga. Begitu lah jugak dengan yang lain kot...

Zzzzzz... zzzzzzz.... huh.huh.huh...(blom pg lg ke???)...Zzzzz..zzzz....zzzz Huh.huh?? hm...ZzzzZZZ(20x) sampai pagi...

Paginya Sabtu pun menjelang... Aku bangun awal n solat subuh bersama yang lain. Pagi nie kami semua nak gi tgk UTPPEC09... waa... (Go aiman... woot..woot)... aku keluar rumah Luke n ada snap beberapa gambar...


Lukman's House kat Putrajaya...


first smile in the morning...


Jom jalan2 gi pasar pagi nie...

Ayam yang menjadi buruan kami di pasar... wakaka...
(teringat Shahrin)


Balik pasar, tgk FO sikit, VC korean sikit... lagu korea sepam pastu... FAREEZ!!! Fareez samapai yea... Fareez sampai yea...

Breakfast ready!!! Melantak aku 2 pinggan mee goreng di Putrajaya. Thanka to abg n kakak Lukman...

1

Coretan buat Aemyra Natasya...

Posted by Pemerhati Penang on 10:28 AM
Sebelum tu ingin saya tegaskan di sini...
Saya tidak mengenali siapa Aemyra Natasya,
Jadi, sesiapa yang membaca post ini yang bernama Aemyra Natasya jgn PERASAN

Coretan ini dituju khas kepada seorang insan yang bernama Aemyra Natasya yang pernah menulis satu sajak penantian terhadap seorang Helmi...

CORETAN BUAT AEMYRA NATASYA

Aemyra Natasya;
ku tak pernah menyangka yang ku amat berharga;
ku tak tahu siang dan malam aku dipuja;
maafkan aku jika hatimu terguris;
maafkah aku jika diriku buatkan kau menangis;

Aemyra Natasya;
ku harap ku mengerti terdahulu;
kehadiranmu bersama rakanmu lain maknanya;
hatimu untukku?;
andai ku tahu kau mencintaiku;

Aemyra Natasya;
maafkan aku kerna hidupmu bersendirian;
lemah diri mu dalam kesepian;
ku harap dulu ku fahami;
perasaan mu yang kau alami;

Aemyra Natasya;
setelah ku fahami;
ku sayang dan rindu padamu;
inilah perkataan yang kusimpan dari dulu;
sebelum aku tahu isi hatimu;
takut aku melukakan mu terdahulu;

Aemyra Natasya;
sekarang;
benarlah hatiku untukmu;
terlerailah penantianmu;
penyiksaan bukan lagi temanmu;
hatiku bersama mu di sini;
bersatu;

Dari Helmi...
Sedarku atas penantianmu...

2

Heart Me...

Posted by Pemerhati Penang on 5:08 PM
Being deeply loved by someone,
Gives you strength;
While loving someone deeply,
Gives you courage;

You will never know,
True happiness until,
You have truthfully loved;
And you will never understand,
What pain really is,
Until you have lost it;



some lyrics (what hurts the most)
what hurts the most,
is being so closed,
and having so much to say,
and watching you walked away,

and never knowing,
what could have been,
and not seeing that loving you,
is what i was trying to do...

2

Bunga Naga!!!

Posted by Pemerhati Penang on 11:58 AM
Korang mesti tak pernah dengar pasal bunga naga kan???
Bunga naga tu hape???

Bunga naga tu bunga sebelum jadi buah naga.
Alaa... Dragon Fruit...

Tgk ni...

Haa... Ni la bunga naga...




Buah Naga...

Belakang rumah aku je ni...
Wakaka...

Ada 3 pokok abah aku tanam...

Setakat ni yabg aku tau baru 2 biji pokok ni berbuah...
Sekarang ni tgh berbuah, 3 bijik...

pastu gambar bunga tu br ja berbunga pagi td..

Hahaha...
Rezeki aku dapat gak tgk bunga naga ni...
So aku kongsi la ngan korang...

Bunga ni tak la wangi, tp lawa (Kan???)
besar bunganya tu.
Sebesar 2 tapak tangan...

Bunga ni x lama... kejap ja kembang. ptg ni layu lah...

Begitulah nasib si bunga naga. hanya berkembang buat seketika...



2

Hari Ini Hari Apa???

Posted by Pemerhati Penang on 8:02 AM
Hari ini hari Sabtu dah...

Hari Sabtu selalu buat pe???

Hmm... tido sampai bangun kot. Tu la keje aku...

Oooo... Lagi???

Erm... Makan apa yang ada...

Lagi???

Petangnye... naik moto keliling kampung. Dah habis???

Dah2.. Dah kot...

(Nampak sangat hari Sabtu aku sangat membosankan...)

0

Halusinansi Tuah

Posted by Pemerhati Penang on 6:19 PM

Jebat - Abang Tuah! Abang Tuah masih hidup?

Tuah - Jebat! Jebat! Tuan hamba bermaharaja lela di istana sultan. Mengapa menidakkan ketaatan?

Jebat - Ketaatan aku bertempat abang Tuah. Aku menerima khabar paduka sultan membunuhmu tanpa usul periksa. Kematianmu harusku bela. Semua ini aku lakukan untukmu Tuah.

Tuah - Itu tetap derhaka namanya!

Jebat - Nekad sungguh jurusan kanda mematahkan langkahku. Tamatkanlah riwayat penderhakaan ini. Aku rela mati di tanganmu Tuah. Jika kematianku ini membukakan matamu.

(Tuah menikam Jebat)

Tuah - Oh... Jebat... Jebat.

Script from:

Puteri Gunung Ledang
Deleted Scene
SC101A EXT Paya (Paya Bakau) - Afternoon

0

FESTIVAL TEATER PULAU PINANG 2009

Posted by Pemerhati Penang on 10:00 AM
Selaku anak jati penang yang sangat meminati persembahan teater tempatan menjemput saudara dan saudari ke FTPP2009 di Auditorium P. Ramlee Taman Budaya Negeri Pulau Pinang...

Berikut adalah jadual pementasan bagi FTPP2009
(1-25 Julai 2009)

A) MONOLOG


1. 1 Julai 2009 - GDW Kg.Contoh - (Halusinasi Sang Algojo)
- 2.30 Petang
2. 1 Julai 2009 - Anak Harapan PFS - (Eksperimen Pembunuhan [Raja Lekuk])
- 3.30 Petang
3. 1 Julai 2009 - TE.TA.MU - (Jebat: Rahsia Kesumat)
- 8.45 Malam
4. 1 Julai 2009 - Indah Kembara USM - (2 Tingkat)
- 10.00 Malam

B) KANAK-KANAK

5. 3 Julai 2009 - Warisan Jemari - (Kisah Semut)
- 8.45 Malam
6. 5 Julai 2009 - Anak Serigala - (Sungai Bonda)
- 8.45 Malam

C) NGO / IPT

7. 7 Julai 2009 - Suara ACMS - (Mencari Juita)
- 8.45 Malam
8. 9 Julai 2009 - L.E.Q.I.U Penang Free School - (Bicara)
- 8.45 Malam
9. 11 Julai 2009 - Bakawalee - (Dusta Pada Skala 1 Hingga 10)
- 8.45 Malam
10. 13 Julai 2009 - Dewan Budaya - (Lokan Bertepuk)
- 8.45 Malam
11. 15 Julai 2009 - Kersani - (Mustika)
- 8.45 Malam
12. 17 Julai 2009 - GDW Kg.Contoh - (Serakah)
- 8.45 Malam
13. 19 Julai 2009 - Epilog Kembara - (Nasib)
- 8.45 Malam
14. 21 Julai 2009 - NVR Corp - (Hanya Lala)
- 8.45 Malam
15. 23 Julai 2009 - Resdong's - (Neraka Petualang)
- 8.45 malam
16. 25 Julai 2009 - House Of Theatre Society - (Legacy)
- 8.45 Malam
17. 28 Julai 2009 - Majlis Anugerah Festival Teater
- 8.45 Malam

Mai, jangan tak mai...

0

Aku tak puas hati!!!

Posted by Pemerhati Penang on 6:13 PM
Perempuan itu yang bernama Barabah!!!

Dah la dapat tempat kedua festival , dapat lagi anugerah pelakon wanita terbaik dan pelakon lelaki terbaik....

Sedangkan dah tau dan sah-sah mereka ni disqualified!!!

ARGHHHHH!!!!!!!!!!

2

Layakkah???

Posted by Pemerhati Penang on 5:30 PM
Perempuan itu yang bernama Barabah... satu pementasan teater pada malam Jumaat 5 haribulan Jun 2009. dari UPSI! wah.. hebatkah??? aku pun tak tahu. tetapi apa yang aku nak bincangkan di sini adalah adakah meraka layak memenangi tempat kedua dalam pertandingan teater sempena Festival Teater Perak yang diadakan di Taman Budaya Perak dekat Ipoh tempoh hari???

Serba sedikit mengenai festival ini:

Start: 1 Jun 2009
End: 8 Jun 2009 (dah lepas dah...)
Participant: 10 teater, 3 monolog, 1 teater kanak-kanak.
Vanue: Auditorium Taman Budaya Perak.

Saya teruskan ja lah...
hmmm... kenapa saya ragu-ragu dengan kemenangan UPSI dgn teaternya bertajuk Perempuan itu yang bernama Barabah...

Ini dalil-dalilnya:

1. teater ini dipentaskan selama lebih dari 1 jam 30 minit.

2. teater ini juga menggunakan tempat duduk penonton sebagai sebahagian daripada "pentas" mereka.

2 dalil ini menunjukkan ternyata bahawa mereka telah melanggar syarat/ peraturan pertandingan.

They should be disqualified! Tetapi, mengapa mereka masih menerima anugerah pada malam anugerah festival tersebut???!!! (Marah ni :-( )

Haih... Mereka mendapat tempat kedua untuk festival ini!!! Aku cakap TAK LAYAK!!!!

Aku rasa semua orang setuju dengan aku, cuma budak2 "Perempuan itu yang bernama Barabah" sahaja yang x setuju kot... Ada sesiapa yang nak bangkang???!!!

0

Salam Perkenalan...

Posted by Pemerhati Penang on 5:23 PM
Terlebih dahulu saya ingin mengalu-alukan sesiapa sahaja yang view blog ini.

Terasa bagai ada suatu tanggungjawab yang terletak atas bahu untuk menerbitkan blog ini.

So, sit back, relax, enjoy and comment.

hmm... ada warning kat sini. Siapa yang makan cili dialah yang merasa pedasnya...

Copyright © 2009 Let us talk about my life All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.