0

Resah Dan Gelisah Destinasi Gundah

Posted by Pemerhati Penang on 5:10 PM
Sedang aku merasai yang segalanya akan selesai tak lama lagi, aku teringatkan apa yang ada diantara destinasi aku.

Masih belum selesai.
rasa diri ini rebah dan tidak bermaya untuk bangun kembali.
tapi perjalanan mesti diteruskan.

ku intai masa depan.
cita-cita aku dah mula tinggi kembali setelah sekian lama, asal gapai, capai...

terbayang destinasi aku. cuma beberapa langkah lagi.
tapi aku perlu mengelak jerangkap samar ini.
ada masa perlu aku patuhi. kalau lambat kelak, jatuh dek hakisan yang sentiasa terjadi.

masa.
aku tiada itu lagi.
hanya sisa.

mahu aku sampai ke destinasi dengan emas seguni.
tapi, kerana terbeban dengannya, terpaksa aku tinggalkan di seberang sini.
harap aku dapat mengutipnya jika aku lalui sekali lagi jambatan ini.

aku sebenarnya terpasung. tidak bebas lagi.
mengharap sampai ke dastinasi itu, aku berkepak.
untuk aku belajar terbang bebas tanpa berpasung.

bijak aku perlu.
atur langkah itu mesti.
tak mahu aku jatuh ke dalam jerangkap samar yang aku bina sendiri.

Aku tahu, aku dipeluk doa emak dan abah.
aku perlu yakin akan Tuhan akan membantu.
aku mesti. aku dapat rasakan destinasi itu semakin hampir.
aku pasti.

0 Comments

Post a Comment

Copyright © 2009 Let us talk about my life All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.