1

Apa yang akan jadi jika aku terima?

Posted by Pemerhati Penang on 9:23 PM
Tepat pukul 12 tengah malam. 19 Julai 1998. Aku masih belum tidur. Sunyi sahaja suasana malam. Takut untuk aku membuka jendela ketika itu walaupun aku tahu pesona bintang yang menyapa bekerdipan.

Dalam aku terjaga berjaga-jaga, aku terdengar kepakan sayap burung hantu yang ada di belakang rumah. Pada firasat aku ada 3 ekor kesemuanya. Aku memang perasan bahawa kehadiran ketiga-tiga ekor burung hantu itu sejak sekian lama. Seekor putih berbintik, seekor hitam berbulu pelepah gebu, seekor perang keemasan. Bagaikan memerhati, melindungi aku.

Sudah sekian lama burung-burung hantu itu berkampung di belakang rumah. Dalam hati aku terdetik, apakah kisah tersirat mereka?

Keesokkan harinya, di pagi hari Isnin, hendak aku ke sekolah. Aku mengikat tali kasut yang putih berkapur, dan aku berjalan menuju ke sekolah. Tidak jauh sekolah dari rumah aku.

Di pertengahan jalan, aku terperasan ketiga-tiga ekor burung hantu itu terbang seiringan. Tidak pernah aku melihat perkara sperti itu. Dan dalam kepesonaan itu, mereka hinggap atas pagar tepi sawah yang abahku usahakan. Bagaikan tidak percaya. Ada sekeping sampul surat bersama burung hantu yang bewarna perang keemasan itu. Digonggongnya pada paruh berlekuk tirus di hujungnya. Aku biarkan saja. Aku terus ke sekolah. Aneh, cuma aku tidak tahu apa yang harus aku lakukan ketika itu.

Di kelas aku mula terfikir. Apakah kandungan surat itu? [Jangan la gelak!!!]

Loceng terakhir berbunyi. Aku terus pulang melalui jalan aku ke sekolah tadi. Burung-burung hantu yang hinggap di atas pagar sebelah sawah yang abah aku usahakan sudah tiada. Aku terus berjalan memandangkan tiada apa-apa lagi yang tinggal di situ. Barulah ketika itu aku rasa betapa ruginya aku tidak melihat apakah kandungan sampul surat itu. Tidak sampai lima langkahan aku, aku terdengar kepakan sayap burung hantu. Aku toleh ke belakang, cuma seekor. Burung hantu yang bewarna hitam berbulu pelepah gebu. Burung hantu itu mengibas sayapnya. Bagai memanggil aku. Aku toleh ke depan. Mengabaikaan burung hantu itu memandangkan tiada sampul surat pada paruhnya.

Tiba-tiba, bunyi kibasan kepaknya semakin kuat. Terdetik di hati aku untuk pergi mendekati burung hantu itu. Tiba-tiba aku terlihat sesuatu yang membuatkan aku teruja. Sampul surat itu, tetapi di sebalik pagar....

(Nantikan sambungannya...)

1 Comments


Burung hantu hantar surat macam Harry Potter, maka hang akan diterima masuk sekolah Hogwarts.

Post a Comment

Copyright © 2009 Let us talk about my life All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.