2

Bahagian 2!

Posted by Pemerhati Penang on 3:00 PM
Kehadapan saudara HelHal yang dikasihi.

Adalah dengan ini sukacitanya dimaklumkan bahawa anda telah diterima masuk ke Sekolah Hogwart witchcrafts and wizardry.

Memandangkan saudara berasal jauh dari benua Eropah dan Bahasa Inggeris bukanlah bahasa ibunda saudara, saudara akan menjalani 1 tahun kelas peralihan di negara anda sendiri. Kami telah melantik seorang guru bahasa yang ditauliahkan oleh Kementerian Magis negara anda di bawah pemerhatian kami. Segala maklumat adalah rahsia.

Bagi mengelakkan sebarang ketirisan maklumat, bersama surat ini dimaklumkan kepada saudara untuk mendaftarkan diri saudara ke kelas tambahan bahasa Inggeris yang akan diadakan pada musim luruh tahun ini di sekolah anda. Saudara juga diminta untuk tidak bertanyakan soalan kepada tenaga pengajar yang akan mengendalikan kelas tambahan itu bagi memastikan maklumat yang kami berikan di dalam surat ini benar atau palsu. Jika saudara tidak dapat mematuhi syarat ini, secara automatik pelawaan saudara ini akan digugurkan serta-merta.

Lampiran seterusnya disisipkan sekali di dalam surat ini adalah keperluan-keperluan yang saudara patut sediakan bagi menghadiri tahun pertama di Hogwarts kelak.

(Nantikan sambungannya~~~)

2 Comments


Aku dah sampai tahap otak dah rosak sebab berkarat ni!!!

Post a Comment

Copyright © 2009 Let us talk about my life All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.