0

Bahagian 3!

Posted by Pemerhati Penang on 12:29 PM
Januari 1999. Tahun pertama aku menjejakkan kaki ke sekolah Hogwarts, bagaikan satu perkara baru bagi aku. Masuk sahaja ke dewan utama, aku mula terpegun dengan siling dewan. Sekali pandang bagaikan tidak berbumbung. Tapi itu cuma jampi. Nampak jelas berjuta bintang di langit.

Sebelum pelajar tahum pertama dapat duduk ke meja, kami perlu menjalani proses pengagihan. Proses ini dilakukan bagi menentukan rumah liga yang akan kami sertai. Sorting Hat telah menempatkan aku ke rumah liga Ravenclaw. Aku sangat teruja kerana aku dipilih untuk menyertai rumah Ravenclaw, walaupun Sorting Hat membaca jiwa aku untuk berada di 3 rumah liga, Hufflepuff, Ravenclaw dan Slytherin. Tetapi aku cuma boleh ada satu rumah liga. Jadi Sorting Hat telah membuat keputusan untuk aku berada di Ravenclaw.

Selepas semua pelajar tahun pertama ditempatkan di rumah liga masing-masing, Profesor Dumbledoor memberi peringatan kepada semua pelajar bahawa Dark Forest adalah kawasan larangan bagi semua pelajar. Sejurus kemudian, Profesor McGonagall membawa Sorting Hat ke tengah pentas dan diletakkan di atas satu pelantar. Aku perasan ramai senior mula menutup telinga mereka. Kenapa? Tiba-tiba aku dan rakan-rakan tahum pertama dikejutkan dengan jeritan. Rupa-rupanya Sorting Hat sedang menyanyi. Ianya satu tradisi di Hogwarts untuk Sorting Hat menyanyi sebelum makan malam pertama sebelum penggal bermula. Patut la ramai yang menutup telinga. Suara Sorting Hat sangatlah tidak sedap. Dia Tone Deaf. Tetapi, sebaik sahaja dia habis menyanyi, semua pelajar dan semua profesor memberikan tepukan yang gemuruh kepada Sorting Hat.

Entah dari mana, tiba-tiba makanan mula muncul di bahagian tengah meja. Aku teragak-agak untuk makan, walaupun aku terliur melihat seekor ayam belanda panggang yang berbau harum berempah terpampang di depan aku. Seorang senior aku menegur aku kerana aku tidak makan. Aku memberitahu dia yang aku tidak yakin dengan makanan ni. Dia memberitahu aku, semua makanan di sini adalah halal. Sebagai contoh, apa yang aku dapat capai dari mana aku duduk adalah makanan yang disediakan oleh house elf muslim dari Cairo. Jadi aku tak perlu risau. Aku pon terus melahapkan diri aku dengan berbagai makanan yang terpampang di depan mata.

Di sini semua pelajar diberi kebebasan untuk memilih subjek apa yang mereka sukai. Tetapi, 1 subjek wajib bagi semua pelajar ialah Defence Against the Dark Arts (DADA). DADA menjadi subjek wajib semenjak Profesor Dumbledoor menjadi pengetua di Hogwarts.

Antara kelas yang aku ikuti ialah Potions, Divination, Herbology, History of Magic, Transfiguration dan Charms.

(Bersambung...)

0 Comments

Post a Comment

Copyright © 2009 Let us talk about my life All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.