0

Bahagian 4!

Posted by Pemerhati Penang on 12:54 AM
Sebelum sempat untuk berkenalan dengan lebih rapat dengan senior-senior di Hogwarts ini, sebahagian dari mereka diminta untuk berangkat ke Akademi Magis Beauxbatons. Mereka adalah tuan rumah untuk pertandingan TRI- Wizard pada tahun ini.

Hogwarts menjadi sedikit lengang. Tanpa kehadiran Profesor Dumbledoor, Profesor McGonagall manjadi sedikit sibuk. Jadi kelas Transfiguration selalu dibatalkan, dan digantikan dengan kelas History of Magic atau sejarah magis. Aku sungguh terpesona dengan subjek sejarah magis. Mempelajari bagaimana sebenarnya seorang ahli sihir yang termasyur, Merlin memulakan perjalanannya. Walaupon banyak juga kisah yang tertiris ke dunia muggle, tapi itu hanya cerita yang tidak benar mengenai Merlin. Dengan mata pelajaran sejarah magis ini baru aku mengerti perjalanan sebenar tentang Merlin.

Di Hogwarts, aku rapat dengan 4 pelajar sekelas denganku. Kelly Roman, Kris Hickups, Fantasia Waltz, dan Alissa Redish. Mereka semua dari rumah Ravenclaw.

(This is getting better and better, cuma ayat aku guna macam budak darjah 6 la... Kena polish penulisan~~~ Apa2 pon aku dah mula nampak rentak perjalanan aku di universe Hogwarts...)

[nantikan sambungannya, background rakan2 ku di Hogwarts]

0 Comments

Post a Comment

Copyright © 2009 Let us talk about my life All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.