0

Monolog 5 Minit~~~

Posted by Pemerhati Penang on 10:58 AM

Babak 2- Malam. Rumah Bedah

Bedah (Monolog)

(selesai solat dan membaca doa)

(Mengambil bingkai gambar keluarga atas meja tepi katil. Mengusap gambar.)

Abang, esok anak kita balik kampung. Dah lama dia tak balik kampung, abang. Teringat dulu abang pernah cakap yang abang tak nak anak kita ni hidup susah macam kita. Sekarang ni, dia dah habis belajar, bang. Anak kita dah jadi cikgu. Tapi, Bedah sedih, sebab tak dapat kongsi perasaan gembira ni dengan abang. Sebelum abang hantar Haikal ke sekolah asrama dulu, Bedah tak dapat nak fikirkan betapa sunyinya rumah kita nanti bila Haikal tak ada. Tak dengar lagi dia menghafal kali-kali tiap-tiap petang, baca Al-Quran lepas maghrib. Abang ingat tak, setiap kali dia mengarang karangan bahasa melayu, mesti dia bacaka karangan dia untuk kita. Pandai sungguh anak kita, kan abang? Bahasa dia sangat puitis. Bedah suka karangan dia tentang Nur Isandra* tu.

Setiap kali teringatkan dia akan berada jauh dari kita, Bedah mesti menitiskan air mata. Tapi, patah hati Bedah, abang. Dalam masa Bedah teringatkan kita akan berada berjauhan dengan anak kita, abang yang pergi meninggalkan Bedah. Hari abang pergi untuk tinggalkan Haikal di asrama, abang tinggalkan Bedah untuk selama-lamanya. Pada mulanya Bedah tak dapat terima hakikat. Tapi, setiap kali Haikal kirim surat, dia ingatkan Bedah yang ini semua takdir dan ujian. Dia selalu pesan supaya Bedah cekal hadapi semua ini. Bedah redha. Bedah bersyukur ada seorang anak macam Haikal. Tabah seperti abang.

Allah lebih sayangkan abang. Sebab itu abang pergi dulu. Allah sudah aturkan semuanya.


0 Comments

Post a Comment

Copyright © 2009 Let us talk about my life All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.