2

Reverse Kronologi Sabtu yang Hebat...

Posted by Pemerhati Penang on 2:20 PM
Semalam tanggal 28 Mac 2010, Rukun Tetangga Jalan Teluk Ipil telah mengadakan program sempena sambutan Maulidul Rasul. Bertempat di perkarangan Masjid An-Nur Jalan Teluk Ipil, pelbagai aktiviti telah diadakan untuk mengeratkan lagi hubingan sillatulrahim antara penduduk kampung.

Pada malam hari, selepas solat maghrib satu ceramah sempena sambutan Maulidul Rasul diadakan. Penceramah amat bertenaga dan "wow!". Selalunya kanak2 kecik asyik bermain sahaja waktu ceramah macam ni, tapi pada malam semalam semua kanak2 terdiam selepas ditegur oleh penceramah. Ayatnya mudah, tapi menusuk: " Hoi Diam, Aku sekeh kepala sat lagi kot!". Disusuli ketawa oleh penonton ceramah.
Yang paling jelas is my grampa...


1st time di kampung seorang penceramah menggunakan visual aid dalam ceramahnya. Cara penyampaian yang berkesan kepada anak2 kariah supaya jangan merempit sebagai contoh.
Pada sebelah Petang, pelbagai pertandingan telah di adakan di perkarangan masjid. Antaranya, pertandingan membuat bunga telur, bunga rampai, membuat tempeyek......



Pertandingan Azan dan Tilawah juga diadakan untuk menggalakkan penyertaan di kalangan kanak2 di kampung. sambutan juga amat menggalakkan.
My mom menang pertandingan membuat bunga telur.. JOHAN!


Pertandingan azan dan Tilawah diadakan di dalam masjid An-Nur


Jemaah pengadil...


Antara peserta Azan dan Tilawah (adik2 lelaki)
(peserta perempuan lupa nak amik gambar)
Pertandingan Bunga Rampai. My Auntie masuk and dapat johan jugak...


My mom (paling kanan) dengan bunga telur Hilau Kuning, Johan...

Di sebelah pagi, aktiviti gotong-royong dijalankan si sekitar masjid. Sejurus selepas sarapan, ramai yang berpusu2 ke masjid membersihkan kawasan kubur, dan dalam masjid.


I can conclude that yesterday is a very quality Saturday. Sabtu yang hebat....

Say yes to all possibilities. You don't know what surprise you will get in the end...

2 Comments


akhirnya ko ke surau juga..
kah3
gurau je
anyway aku masuk gak dulu pertandingan azan
wakil kg aku
even ko kata suara aku mcm kambing sikit2
still manage dpt no 3 okay


Aku pernah jugak ye...
same... no 3 jugak...
dapat hadiah kain pelikat n frame gantung...

hahaah...
terkenang sudah zaman kanak2 dulu.

Post a Comment

Copyright © 2009 Let us talk about my life All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.