2

Reverse Kronologi Sabtu yang Hebat...

Posted by Pemerhati Penang on 2:20 PM
Semalam tanggal 28 Mac 2010, Rukun Tetangga Jalan Teluk Ipil telah mengadakan program sempena sambutan Maulidul Rasul. Bertempat di perkarangan Masjid An-Nur Jalan Teluk Ipil, pelbagai aktiviti telah diadakan untuk mengeratkan lagi hubingan sillatulrahim antara penduduk kampung.

Pada malam hari, selepas solat maghrib satu ceramah sempena sambutan Maulidul Rasul diadakan. Penceramah amat bertenaga dan "wow!". Selalunya kanak2 kecik asyik bermain sahaja waktu ceramah macam ni, tapi pada malam semalam semua kanak2 terdiam selepas ditegur oleh penceramah. Ayatnya mudah, tapi menusuk: " Hoi Diam, Aku sekeh kepala sat lagi kot!". Disusuli ketawa oleh penonton ceramah.
Yang paling jelas is my grampa...


1st time di kampung seorang penceramah menggunakan visual aid dalam ceramahnya. Cara penyampaian yang berkesan kepada anak2 kariah supaya jangan merempit sebagai contoh.
Pada sebelah Petang, pelbagai pertandingan telah di adakan di perkarangan masjid. Antaranya, pertandingan membuat bunga telur, bunga rampai, membuat tempeyek......



Pertandingan Azan dan Tilawah juga diadakan untuk menggalakkan penyertaan di kalangan kanak2 di kampung. sambutan juga amat menggalakkan.
My mom menang pertandingan membuat bunga telur.. JOHAN!


Pertandingan azan dan Tilawah diadakan di dalam masjid An-Nur


Jemaah pengadil...


Antara peserta Azan dan Tilawah (adik2 lelaki)
(peserta perempuan lupa nak amik gambar)
Pertandingan Bunga Rampai. My Auntie masuk and dapat johan jugak...


My mom (paling kanan) dengan bunga telur Hilau Kuning, Johan...

Di sebelah pagi, aktiviti gotong-royong dijalankan si sekitar masjid. Sejurus selepas sarapan, ramai yang berpusu2 ke masjid membersihkan kawasan kubur, dan dalam masjid.


I can conclude that yesterday is a very quality Saturday. Sabtu yang hebat....

Say yes to all possibilities. You don't know what surprise you will get in the end...

0

Semalam Hujan Lebat :)

Posted by Pemerhati Penang on 8:26 AM
Dah berminggu-minggu aku mengharapkan hujan turun. Moga hilang segala kegersangan tanah2 yang mula menguning ini.
Alhamdulillah... Semalam hujan lebat.
Segar kembali rumput-rumput di halaman.
Pagi ini aku melawat kebun sayurku, gembira kangkung terpancar dalam kesegaran.
Tomato pun memucuk dengan lebih galak lagi...


Aku rindu hujan... Bila pula akan kita bertemu?

3

Aku Ingin Pulang.

Posted by Pemerhati Penang on 4:25 PM
Tuah - Jebat! Jebat! Tuan hamba bermaharaja lela di istana sultan. Mengapa menidakkan ketaatan?

Jebat - Ketaatan aku bertempat abang Tuah. Aku menerima khabar paduka sultan membunuhmu tanpa usul periksa. Kematianmu harusku bela. Semua ini aku lakukan untukmu Tuah.

Tuah - Itu tetap derhaka namanya!

Jebat - Nekad sungguh jurusan kanda mematahkan langkahku. Tamatkanlah riwayat penderhakaan ini. Aku rela mati di tanganmu Tuah. Jika kematianku ini membukakan matamu.

(Tuah menikam Jebat)

Tuah - Oh... Jebat... Jebat!!!

3

Hujan: Kamu di mana?

Posted by Pemerhati Penang on 2:44 PM
Start pukul 11.30 pg, 24/2/2010, cuaca mendung berserta awan yang berarak mesra kat Penang ni.
Menjelang pukul 12.00 tgh hari, terasa titisan halus jatuh. Terasa. Time tu duduk kat luar, (memandangkan cuaca mendung) sambil menyemai 8 lagi anak benih pokok buah nangka.
Menunggu dan terus menunggu. Hujan tak kunjung tiba.
Tanggal 2.30 petang, matahari mula muncul. Terang Kembali. Tiada mendung lagi. Panas sekali lagi menyelubungi.

1

Aku bukan penulis skrip. Aku penulis novel.

Posted by Pemerhati Penang on 10:13 AM
Baru aku perasan bahawa setiap skrip yang cuba aku tulis, tak menjadi.
Aku tanya kepada diriku, kenapa? Kenapa begitu? Apa yang tak ada? Tak cukup di mana?

Susah untuk aku gambarkan suasana dalam setiap piece aku. Aku tak dapat gambarkan keseluruhan suasana, sebab aku guna 1st person point of view. Cikgu bahasa aku dulu pernah beritahu aku bahawa sesebuah novel itu berkesan jika perasaan watak dalam novel itu, pembaca dapat rasai. Jadi, penyampaian mesti dalan 1st person point of view.

Jadi, aku akan cuba untuk menulis skrip, tapi aku akan teruskan penulisan aku dalam gaya novel. Mungkin ada sesiapa yang ingin adaptasikan novel/cerpen aku menjadi skrip utk teater atau drama.

Personally nak mintak maaf kat Usop (for what it's worth) sebab x dapat buat skrip Bayang Jadi Jasad. (Mungkin ko menunggu skrip ni, dah siap 2 babak).
Babak 1: Intro watak2 dalam skrip, asas perjalanan plot penceritaan.
Babak 2: Monolog (flashback), narrowing plot dan memahami watak Bedah.

Bayang Jadi Jasad akan diadaptasikan dalam bentuk sebuah novel. Lebih banyak watak boleh dimasukkan dan lebih banyak drama dan suspen boleh aku masukkan dalam karya ni.

6

Kampung Halaman

Posted by Pemerhati Penang on 4:16 PM
Dalam situasi sekarang, aku yang sedang menganggur, memang x tau nak buat apa.
Jadi, aku pn merajinkan diri jalan2 / berbasikal keliling kampung.

Singgah rumah tok uda jap. Dia ada SLR... Nikkon D90.
Dia suruh aku tangkap2 gambar kampung..
Scene yang menarik2 sikit...

Jadi, aku pn terus ke sungai...
beratus jugak aku snap.
X sangka yang the pictures turn up to be quite pretty...





That's all folks!!!

5

NTPM kah destinasiku?

Posted by Pemerhati Penang on 4:38 PM

Selepas aku habis intern pada 9 January 2009 aritue, aku ingat dah tak akan ada apa2 attachment ngan NTPM.

Tapi, Dalam mencari pekerjaan zaman serba pantas ni, aku perlu mengejar segala peluang yang ada. Walaupun peluang iti sekecil-kecil benih sawi.

Jadi, aku pun menggatalkan jari jemari aku. type www.ntpm.com.my kat google crome browser.
aku klik "careers" pastu aku tengok list2 position yang masih kosong... PROCESS ENGINEER!!!

Jadi, aku pn bgtau kat abah n emak aku. Diorang kata rebut ja peluang ni.
lagipun aku dah pernah intern kat situ. mungkin ada peluang utk aku bekerja kat situ pulak.

kalau aku nak keje ngan kerajaan??? Hmmm...
Abah aku bukak cerita pulak lepas tu...
Kawan/bos dia dulu kerja ngan hotel sampai dah dapat pangkat senior manager, sebelum masuk govnmt.

Jadi, aku pn amik langkah. X kisah la decision aku betul ke x. Bukan sengaja nak buat silap.
But growing up is not about making the right decision, but dealing with the decision that we have made.

Dalam masa aku keje ngan NTPM ni (kalau dapat) aku akan still cuba untuk mencari peluang kerja ngan kerajaan...

Kalau decision aku buat ni kalau x betul pn, I hope it was a wise decision.

Qualification & Requirements
* Candidate must possess a diploma or Bachelor's Degree in Eletrical,Mechanical Engineering or equivalent.


Copyright © 2009 Let us talk about my life All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.