1

Yang Mana Lebih Penting???

Posted by Pemerhati Penang on 3:54 PM
Beras @ Petani???

1

Be Brave!!!

Posted by Pemerhati Penang on 12:36 AM
Kepada sahabat-sahabatku sekalian, atas apa jua ujian yang melanda di saat ini...

Life is like a dark tunnel. You may not always see the light at the end of the tunnel, but if you keep moving, you will come to a better place.

Hope is the light you give yourself in the darkest moments.

Masih ada harapan, walaupun perkara yang akan dilalui itu terasa mustahil untuk diharungi.

To UTP students, all the best for the EXAMS... (While it is always best to believe in one's self, a little help from others can be a great blessing.)

To my friends who now facing the real "cruel" world, if you guys need some help, jangan segan-segan minta tolong ye~~~ (There is nothing wrong with letting people who love you help you)



3

Diagnosed...

Posted by Pemerhati Penang on 4:28 PM
Assalamualaikum...

Salam sejahtera semua. Bagaikan tidak percaya, aku terpaksa menulis entry blog kali ini. "Terpaksa". Sebelum itu aku ingin meminta maaf kerana tidak memberitahu kalian sekalian mengenai perkara ini terlebih dahulu. Aku tidak mahu kalian semua melihat aku dengan pandangan kasihan dan tidak bermaya. Aku tidak mahu kalian terasa aku perlukan perhatian yang lebih disebabkan kondisi ini. Berkali2 aku ingin terus menaip apa yang terkandung di dalam hati. Tapi jari jemari ini bagai terhenti seketika dari memberitahu perkara sebenar.

Samada sudah bersedia ataupun tidak, aku terpaksa juga memberitahu kalian tentang perkara ini. Aku tidak punya masa yang panjang lagi. Itulah apa yang dikatakan oleh doktor aku. Teramat susah untuk aku luahkan... Terlalu sedih untuk aku bayangkan apakah yang akan berlaku selepas ini. Tak tahu apa akan terjadi jika aku memberitahu perkara ini kepada kalian... Terhanti sekali lagi jari jemari ini untuk terus menaip...

"Masa aku sudah singkat". Bagi sesiapa yang mengenali aku sebelum aku pergi ke UTP, setelah sekian lama tidak berjumpa, mesti kalian akan berkata, "Helmi, ko nampak sihat la". Alhamdulillah, itulah yang selalu aku dengar. Aku mengaminkan doa itu agar ia menjadi kenyataan. Tapi pada hakikatnya hanya Tuhan saja yang tahu.

Di UTP, mungkin ramai di kalangan kalian yang perasan yang aku ni selalu suka bersendirian. Berseorangan. Di waktu aku bersama kalian aku selalu membodohkan diri supaya kalian tertawa denganku. Aku sentiasa akan mencari ayat-ayat yang power untuk dijadikan bahan tertawa. Kadang-kadang aku akan membuat suatu situasi bagai aku di dalam keresahan. Ingat tak ada satu scene aku jadi tak tentu arah? Aku katakan management UTP nak jumpa aku, dan kalian yang bersama dengan aku ketika itu dapat tahu itu hanya gurauan. Sejak itu kalian panggil aku "drama queen". Aku tak kisah dengan panggilan itu. Sejak itu aku jadikan imej "drama queen" sebagai cover aku.

Kadang-kadang kalian nampak aku menggeleng-gelengkan kepala. Sebenarnya aku sedang menahan sebak. Aku tidak mahu air mata ini jatuh berguguran. Takut, jika diri aku ini sudah tidak lagi dapat bersama kalian... Semua ini atas dasar takutkan perkara yang tidak diingini berlaku...

Doktor bagi aku masa enam bulan. Enam bulan untuk aku berehat dan bermain. Lepas saja aku di discharge, aku terus membenarkan diri aku untuk berfikiran positif. Jangan fikir tentang kondisi yang doktor cakap. Oleh kerana aku terlalu fikirkan positif, aku terlupa yang aku cuma hanya ada enam bulan. Sekarang sudah lima bulan selepas aku di discharge.

Aku juga ingin meminta maaf sekiranya aku selalu menyusahkan kalian dengan PM-PM yang tak tentu masa. Aku cuma ingin merasakan kehadiran kalian semua. Bertanyakan khabar supaya kalian tidak lupakan aku kelak. Sebenarnya lebih mudah bagi aku merasa keperitan untuk aku merindui kalian daripada keperitan kalian merindui aku. Aku mohon maaf sekali lagi sebelum kalian semua merasa marah kerana merahsiakan perkara ini daripada pengetahuan kalian sekian lama.

Sekarang sudah lima bulan selepas aku di discharge. Ini bermakna aku cuma ada satu bulan sahaja lagi. Satu bulan sahaja lagi untuk aku digelar sebagai fresh graduate. Selepas ini aku akan digelar sebagai unemployed sehinggalah aku jumpa pengubat kepada penyakit ini...

Aku harap kalian tidak melihat aku sebagai seorang yang perlukan perhatian yang lebih. Cukuplah dengan kalian membaca warkah ini, sebagai pengubat rindu~~~

Yang tak seberapa ikhlas,
~HelHal~

0

Pantun bersantun, nadi Melayu.

Posted by Pemerhati Penang on 6:43 PM
Riuh kicau unggas di rimba,
Penuh dengan irama dan nada,
Lama sudah ilmu agama ditimba,
Buat bekalan iman di dada.
(Pantun karangan Dr. Shark, "Tuah Hang Jebat")

Halia buat tanam-tanaman,
Ke barat jua akan condongnya,
Dunia ini pinjam-pinjaman,
Akhirat juga akan sungguhnya.

Anak dara menumbuk pandan,
Buat kuih hidangan kenduri,
Ilmu yang baik jadikan teladan,
Segala yang buruk letak ke tepi.

Tenang-tenang air di laut,
Sampan kolek mudik ke tanjung,
Hati terkenang mulut tersebut,
Budi yang baik rasa nak junjung.

Laut yang tenang jangan disangka tiada duyung~~~
Wakakakaka!!!!

0

Bangsawan

Posted by Pemerhati Penang on 5:22 PM
The world is my stage...
Aku selalu cakap mcm tu kat diriku,
When the world is your stage, that's mean u are a liar! U never be true to yourself!
That is not NOBLE!! No HONOR!!!

I want to ask you, have you ever show your true colour to the world?
Your true, true COLOUR?
Only you can answer it!

I want to be on stage again.
That's how people will certain that i'm not lying!
No fake that i'm being fake on stage. A certainty!
Off the stage, you and even I don't know whether i'm being honest or i'm lying.

Aku rindukan pentas!
Aku mahu jadi seseorang...
Aku mahukan perwatakan...
Aku mahu merasa apa yang mungkin aku x akan rasai...

Selami hati budi insan lain, dapat menilai hati budi kita~~~

I will not change, but the stage can change me!

P/S: Sekadar nak mengisi blog ini... Terpulang untuk menginterpretasi~~~

2

Next week, a busy week..

Posted by Pemerhati Penang on 9:16 PM

my head dah quiet crowded dah macam crowded desk ni...

This might be a busy week for me sebab kena prepare untuk exam SPA, and interview MARA.

So much things to read and need to polish my writing and communication skills.

Ni status facebook aku yang terkini:

is preparing for Peperiksaan Khas Memasuki Perkhidmatan Awam Gred 41 (10-4-2010), waiting for the Bangsawan Tuah Hang Jebat (10&11-4-2010), and interview at MRSM Transkrian (14-4-2010).

Di pertengahan exam dan interview ada bangsawan pulak dah...

macam mana aku nak buat ni???

Tolong aku selesaikan masalah jadual ni... sesape~~~


1

3 Hari di Tronoh

Posted by Pemerhati Penang on 3:13 PM

Pekan Tronoh~~~

Sudah sekian lama aku x pergi ke Tronoh, terasa betapa rindu...
3 hari bagaikan tak cukup untuk lepaskan rindu.

Dalam masa 3 hari yang singkat tu aku dapat berjumpa dengan beberapa budak2 jr, rakan2 seperjuangan yang sedang mencari2 lagi/ memburu kerjaya...
Dapat jugak jumpa Kak Cik Jannah and Abg Cik Bert...

Tahniah kepada Kak Cik kerana mendapat "Pingat Kebesaran UTP" (heheheh) pada malam dinner appreciation Co-Q (what-so-ever)... Bangga bila dengar... Tp x puas lepaskan rindu kat diorang.

Gi tengok Barcelona lwn Arsenal (2-2), makan RBTM yang sedap kat mamak...

BTW, ada la 2 orang sahabat ni, bila bgtau ja aku tgh jamah RBTM terus x balas2 SMS aku... Jangan la marah ye... Aku pon worse case scene akan dihantar jauh ke oversea bila dah dapat keja nanti...

Doa2kan lah ye aku dapat kerja awal...

Masih rindukan Tronoh... InsyaAllah minggu depan akan pergi lagi sana lepas amik Peperiksaan Kemasukan ke Perkhidmatan Awam...

Jumpa Mak Su... Dapat tolong2 buat nasik lemak... Berniaga kat Station 18, tepi Tesco. Seronok gak walaupun penat... Banyaknya yang nak diceritakan... Next time lah.

3 Hari di Tronoh.
Terbaik~~~

Copyright © 2009 Let us talk about my life All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.