1

Yang Mana Lebih Penting???

Posted by Pemerhati Penang on 3:54 PM
Beras @ Petani???

1

Be Brave!!!

Posted by Pemerhati Penang on 12:36 AM
Kepada sahabat-sahabatku sekalian, atas apa jua ujian yang melanda di saat ini...

Life is like a dark tunnel. You may not always see the light at the end of the tunnel, but if you keep moving, you will come to a better place.

Hope is the light you give yourself in the darkest moments.

Masih ada harapan, walaupun perkara yang akan dilalui itu terasa mustahil untuk diharungi.

To UTP students, all the best for the EXAMS... (While it is always best to believe in one's self, a little help from others can be a great blessing.)

To my friends who now facing the real "cruel" world, if you guys need some help, jangan segan-segan minta tolong ye~~~ (There is nothing wrong with letting people who love you help you)



3

Diagnosed...

Posted by Pemerhati Penang on 4:28 PM
Assalamualaikum...

Salam sejahtera semua. Bagaikan tidak percaya, aku terpaksa menulis entry blog kali ini. "Terpaksa". Sebelum itu aku ingin meminta maaf kerana tidak memberitahu kalian sekalian mengenai perkara ini terlebih dahulu. Aku tidak mahu kalian semua melihat aku dengan pandangan kasihan dan tidak bermaya. Aku tidak mahu kalian terasa aku perlukan perhatian yang lebih disebabkan kondisi ini. Berkali2 aku ingin terus menaip apa yang terkandung di dalam hati. Tapi jari jemari ini bagai terhenti seketika dari memberitahu perkara sebenar.

Samada sudah bersedia ataupun tidak, aku terpaksa juga memberitahu kalian tentang perkara ini. Aku tidak punya masa yang panjang lagi. Itulah apa yang dikatakan oleh doktor aku. Teramat susah untuk aku luahkan... Terlalu sedih untuk aku bayangkan apakah yang akan berlaku selepas ini. Tak tahu apa akan terjadi jika aku memberitahu perkara ini kepada kalian... Terhanti sekali lagi jari jemari ini untuk terus menaip...

"Masa aku sudah singkat". Bagi sesiapa yang mengenali aku sebelum aku pergi ke UTP, setelah sekian lama tidak berjumpa, mesti kalian akan berkata, "Helmi, ko nampak sihat la". Alhamdulillah, itulah yang selalu aku dengar. Aku mengaminkan doa itu agar ia menjadi kenyataan. Tapi pada hakikatnya hanya Tuhan saja yang tahu.

Di UTP, mungkin ramai di kalangan kalian yang perasan yang aku ni selalu suka bersendirian. Berseorangan. Di waktu aku bersama kalian aku selalu membodohkan diri supaya kalian tertawa denganku. Aku sentiasa akan mencari ayat-ayat yang power untuk dijadikan bahan tertawa. Kadang-kadang aku akan membuat suatu situasi bagai aku di dalam keresahan. Ingat tak ada satu scene aku jadi tak tentu arah? Aku katakan management UTP nak jumpa aku, dan kalian yang bersama dengan aku ketika itu dapat tahu itu hanya gurauan. Sejak itu kalian panggil aku "drama queen". Aku tak kisah dengan panggilan itu. Sejak itu aku jadikan imej "drama queen" sebagai cover aku.

Kadang-kadang kalian nampak aku menggeleng-gelengkan kepala. Sebenarnya aku sedang menahan sebak. Aku tidak mahu air mata ini jatuh berguguran. Takut, jika diri aku ini sudah tidak lagi dapat bersama kalian... Semua ini atas dasar takutkan perkara yang tidak diingini berlaku...

Doktor bagi aku masa enam bulan. Enam bulan untuk aku berehat dan bermain. Lepas saja aku di discharge, aku terus membenarkan diri aku untuk berfikiran positif. Jangan fikir tentang kondisi yang doktor cakap. Oleh kerana aku terlalu fikirkan positif, aku terlupa yang aku cuma hanya ada enam bulan. Sekarang sudah lima bulan selepas aku di discharge.

Aku juga ingin meminta maaf sekiranya aku selalu menyusahkan kalian dengan PM-PM yang tak tentu masa. Aku cuma ingin merasakan kehadiran kalian semua. Bertanyakan khabar supaya kalian tidak lupakan aku kelak. Sebenarnya lebih mudah bagi aku merasa keperitan untuk aku merindui kalian daripada keperitan kalian merindui aku. Aku mohon maaf sekali lagi sebelum kalian semua merasa marah kerana merahsiakan perkara ini daripada pengetahuan kalian sekian lama.

Sekarang sudah lima bulan selepas aku di discharge. Ini bermakna aku cuma ada satu bulan sahaja lagi. Satu bulan sahaja lagi untuk aku digelar sebagai fresh graduate. Selepas ini aku akan digelar sebagai unemployed sehinggalah aku jumpa pengubat kepada penyakit ini...

Aku harap kalian tidak melihat aku sebagai seorang yang perlukan perhatian yang lebih. Cukuplah dengan kalian membaca warkah ini, sebagai pengubat rindu~~~

Yang tak seberapa ikhlas,
~HelHal~

Copyright © 2009 Let us talk about my life All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.