0

Monolog 5 Minit~~~

Posted by Pemerhati Penang on 10:58 AM

Babak 2- Malam. Rumah Bedah

Bedah (Monolog)

(selesai solat dan membaca doa)

(Mengambil bingkai gambar keluarga atas meja tepi katil. Mengusap gambar.)

Abang, esok anak kita balik kampung. Dah lama dia tak balik kampung, abang. Teringat dulu abang pernah cakap yang abang tak nak anak kita ni hidup susah macam kita. Sekarang ni, dia dah habis belajar, bang. Anak kita dah jadi cikgu. Tapi, Bedah sedih, sebab tak dapat kongsi perasaan gembira ni dengan abang. Sebelum abang hantar Haikal ke sekolah asrama dulu, Bedah tak dapat nak fikirkan betapa sunyinya rumah kita nanti bila Haikal tak ada. Tak dengar lagi dia menghafal kali-kali tiap-tiap petang, baca Al-Quran lepas maghrib. Abang ingat tak, setiap kali dia mengarang karangan bahasa melayu, mesti dia bacaka karangan dia untuk kita. Pandai sungguh anak kita, kan abang? Bahasa dia sangat puitis. Bedah suka karangan dia tentang Nur Isandra* tu.

Setiap kali teringatkan dia akan berada jauh dari kita, Bedah mesti menitiskan air mata. Tapi, patah hati Bedah, abang. Dalam masa Bedah teringatkan kita akan berada berjauhan dengan anak kita, abang yang pergi meninggalkan Bedah. Hari abang pergi untuk tinggalkan Haikal di asrama, abang tinggalkan Bedah untuk selama-lamanya. Pada mulanya Bedah tak dapat terima hakikat. Tapi, setiap kali Haikal kirim surat, dia ingatkan Bedah yang ini semua takdir dan ujian. Dia selalu pesan supaya Bedah cekal hadapi semua ini. Bedah redha. Bedah bersyukur ada seorang anak macam Haikal. Tabah seperti abang.

Allah lebih sayangkan abang. Sebab itu abang pergi dulu. Allah sudah aturkan semuanya.


2

I have to be in character!!!

Posted by Pemerhati Penang on 3:17 PM
Sukar untuk aku lafaskan,
Sukar untuk aku rasakan,
Sukar untuk aku zahirkan, lahirkan, hidupkan, tampilkan...

Bila disanjung: Diam
Bila dimarah: Diam
Bila dikutuk: Diam
Bila aku dipuji: Diam

(Need to work on my expression skills)

Mungkin disebabkan masalah ni la aku rasa macam tersisih.
(Walaupon aku tahu aku tidak disisihkan)

Persoalan: apakah perasaan anda jika anda memandu kereta orang (dan orang tu macam nak bagi pinjam ke x bagi pinjam) dan anda terlanggar sesuatu?

Mesti la cuak nak mampos kan???
Tapi aku x rasa apa2~~~

Adakah saraf aku dah tak berfungsi, atau aku dah alah dengan perasaan cuak, takut dan excited???

As I said before: I have to be in character!!! (Character apa???!!!)

Let us go back and see what is/are the factor(s) yang membuatkan aku jadi macam ni~~~
1. Aku selalu buat predictions atas segala kemungkinan yang akan berlaku. (That's why korang selalu nampak aku macam termenung sorang2). Hilang "surprise" feeling dah kat situ.
2. Aku hanya tunggu dan hanya menerima apa jua pengakhiran sesuatu "rencana". (Rasa takut pon mula pudar). Ini yang berlaku time FYP Presentation and other presentations.
3. Over [over confident]: (Terlalu yakin)^2 that everything is going to be OK! At first aku ingat this feeling bagus, but it makes me to become a lazy person. (It's going to be OK, no need to worry~~) {Got the idea???}
4. etc.

Selepas THJ-KL, aku mula dapat perspektif baru. "You need to feel if you want the audience to feel." (Quote dari sape pon aku dah x ingat!!! :P)
Need to believe. Need to be in character. Otherwise it's going to be a big bluh!

P/s: Dah lama aku x ketawa. Jom ketawa sekarang. HAHAHAHAHAHA~~~ (Ketawa jangan FAKE!!! Okey???!!!)

Copyright © 2009 Let us talk about my life All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.