0

1 Hari Sebelum Raya...

Posted by Pemerhati Penang on 8:23 AM
Gembira

Hmm... sebab nak raya

Gementar

Hmm... blik utp lepas raya ada poster, seminar n all...

Takut

Hmm... FYP x buat mende lg... mati aku kalau sv aku tau...

haih... mcm mana nih... nak raya nie...

A: RAYA SAMPAI DEMAM LA... LANTAK LE FYP TUH...

wahahaha...

Bottom line: SELAMAT HARI RAYA 'AIDILFITRI... MAAF ZAHIR DAN BATIN~~~

0-0 ek?~~

1

Scene 2: Tanti masuk court...

Posted by Pemerhati Penang on 10:52 AM
TANTI

usah dirisaukan, maharani itu sudah tidak berkuasa lagi. dia cuma ada mamanda menterinya sahaja untuk melakukan setiap urusannya. mana ada rakyat jelata lain yang setia?

HALUSINASI

jangan beranggapan sebegitu. dia masih berkuasalah. dia masih ada tombak sakti. dan payung berliannya. susah nak serang hendap. nahas kalau confront dia tanpa bersedia.

TANTI

jangan risau. aku dah buat eksperimen. aku sengaja letakkan beberapa naskah majalah provokasi di merata2 tempat di dalam negeri ini. kalau maharani betul2 kuat dan kedudukan dia masih kukuh, akan terjadilah sesuatu pada aku.

POLITIKUS

hai tanti yang berani-berani. anda ditahan kerana telah meletakkan beberapa naskah majalah provokasi yang mengandungi lukisan2 yang tak masuk akal walaupun cantik. dengan kuasa yang ada pada aku, di bawah naungan maharani Xunxu, aku, politikus, terpaksa menahan anda.

HALUSINASI

nampaknya maharani masih berkuasa.

POLITIKUS

matilah aku. mana aku nak dapat lawyer?

ABACTERZO

akulah lawyer yang terbaik di nagara purnama kelam. haha. jangan takut wahai tanti. aku dapat menolong kamu, wahai artisan negara yang mahukan kebebasan.

TANTI

terima kasih abacterzo, lawyer dari negara purnama kelam. sungguh terharu saya. tapi, maharani akan gunakan lawyer peribadinya, kapal singing. bolehkah abacterzo melawan kes ini.

ABACTERZO

jangan risau kan saya cakap. software pemutaran ayat yang telah saya cipta ini akan memastikan kemenangan kita.

JUDGEXU

semua tuduhan terhadap tanti digugurkan kerana saya tidak dapat memahani apa yang diperkatakan oleh abacterzo, but all of it makes sense..

TANTI

sungguh berkesah software abacterzo itu. terima kasih.

KAPAL SINGING

jaga kau abacterzo. aku pasti akan dapat menewaskan kau satu hari nanti.

ABACTERZO

you wish.





4

MAHARANI DINASTI XUNXU. SCENE 1: Hari gempur

Posted by Pemerhati Penang on 11:00 AM
MAHARANI

mamanda menteri, siapakah gerangan yang berjalan di hadapan beta? sungguh rude!

MAMANDA MENTERI

ampunkan patik tuanku. yang berjalan membelakangi tuanku itulah pegaza, tuanku.

MAHARANI

pegaza? bukankah dia penulis yang selalu mengcondamnkan beta? mengapa dia masih berkeliaran di sini?

MAMANDA MENTERI

ampun tuanku. dia masih warganegara ini tuanku. kita tak boleh berbuat apa-apa.

MAHARANI

tetapi beta murka! mengapa tidak dibuangkan sahaja dia?

MAMANDA MENTERI

tuanku, mengikut perlembagaan, warganegara negara ini, dibawah dinasti tuanku iaitu dinasti XUNXU, sesiapa yang memiliki kewarganegaraan tidak boleh dibuang negara. dan tambahan pula, hak bersuara telah menjadi pudar dan tidak boleh dibawa ke mahkamah. jadi, si pegaza itu menggunakan peruntukan itu untuk againts tuanku.

MAHARANI

let me take matter in my own hand.

[MAMANDA MENTERI MEMBERI LEMBING KEPADA MAHARANI]

PEGAZA

argh... sungguh pedih tikaman lembing ini. siapa yang melontarkannya? apakah salahku?

MAHARANI

buat-buat tak tahu. kamu sudah membuat onar. membuatkan beta murka. kamu telah menulis fitnah terhadap beta.

PEGAZA

ya ampun. itu bukan kamu yang aku bikin tulisan. itu orang lain. yang tuanku terasa pedas itu kenapa? makan cilikah tuanku?

MAHARANI

buktikan, jika tulisanmu bukan fitnah terhadap beta. beta sanggup bayar dengan emas-emas yang disulam pada lembing beta itu.

PEGAZA

akan patik mengutuskan perutusan dan akan disendkan kepada tuanku.

MAHARANI

baiklah. beta akan tunggu.

7

Skrip in the making....

Posted by Pemerhati Penang on 10:38 AM
Wah... Dah final sem ni...


tp nak gatai2 gak kan buat mcm2...


bkn apa, nak 'feel' sikit jd student yang x nerd... Wakaka!!!




Ha, aku dalam perancangan nak buat skrip yang mmg x masuk akal...


Absurt la dalam kata lain...


berkisar dengan kehidupan aku jugak kot, tp dalam olahan yang mungkin x boleh diterima akal...




Tajuknya: Maharani Dinasti Xunxu...


@


Hari Gempur!!!




antara 2 ni la tajuknya...


content yang sama...




Ada kena mengena dengan gambar di bawah ni:





Dan gambar ini...

Dan sememangnya skrip ini x akan dipentaskan di mana2,

sebab takut menyinggung perasaan mana2 pihak...

So, tunggu la post aku yang akan datang...

Maharani Dinasti Xunxu / Hari Gempur : Part 1

Selamat Berpuasa~~~


Copyright © 2009 Let us talk about my life All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.