2

Layakkah???

Posted by Pemerhati Penang on 5:30 PM
Perempuan itu yang bernama Barabah... satu pementasan teater pada malam Jumaat 5 haribulan Jun 2009. dari UPSI! wah.. hebatkah??? aku pun tak tahu. tetapi apa yang aku nak bincangkan di sini adalah adakah meraka layak memenangi tempat kedua dalam pertandingan teater sempena Festival Teater Perak yang diadakan di Taman Budaya Perak dekat Ipoh tempoh hari???

Serba sedikit mengenai festival ini:

Start: 1 Jun 2009
End: 8 Jun 2009 (dah lepas dah...)
Participant: 10 teater, 3 monolog, 1 teater kanak-kanak.
Vanue: Auditorium Taman Budaya Perak.

Saya teruskan ja lah...
hmmm... kenapa saya ragu-ragu dengan kemenangan UPSI dgn teaternya bertajuk Perempuan itu yang bernama Barabah...

Ini dalil-dalilnya:

1. teater ini dipentaskan selama lebih dari 1 jam 30 minit.

2. teater ini juga menggunakan tempat duduk penonton sebagai sebahagian daripada "pentas" mereka.

2 dalil ini menunjukkan ternyata bahawa mereka telah melanggar syarat/ peraturan pertandingan.

They should be disqualified! Tetapi, mengapa mereka masih menerima anugerah pada malam anugerah festival tersebut???!!! (Marah ni :-( )

Haih... Mereka mendapat tempat kedua untuk festival ini!!! Aku cakap TAK LAYAK!!!!

Aku rasa semua orang setuju dengan aku, cuma budak2 "Perempuan itu yang bernama Barabah" sahaja yang x setuju kot... Ada sesiapa yang nak bangkang???!!!

2 Comments


Menggunakan ruang selain dari pentas proscenium rasanya tidak boleh dalam peraturan festival.

Lebih masa, adalah atas budi bicara juri, hendak disqualified atau potong markah.


Terima kasih atas comment ini Pegawai Khalwat...

Post a Comment

Copyright © 2009 Let us talk about my life All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.